Wan Abdullah, Wan Husni and Hamdan, Mohammad Naqib and Hehsan, Aminudin and Haron, Zulkiflee and Rosman, Arieff Salleh and Ripin, Mohd Nasir (2019) Terapi mandi bunga dalam perubatan Melayu untuk penjagaan kesihatan mental (bath flower therapy in Malay medicine for mental health) / Wan Husni Wan Abdullah ... [et al.]. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6 (2). pp. 123-135. ISSN 2289-8204

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Terapi mandi bunga adalah salah satu amalan dalam perubatan Melayu yang kekal sehingga hari ini. Menurut Dr.Wan Hasmah Wan Teh, pensyarah di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), beliau menerangkan bahawa mandi bunga adalah merupakan upacara yang sangat terkenal di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, yang mana bagi orang Melayu, kebanyakkannya bertujuan untuk menaikkan aura, kecantikan wajah dan seri pengantin (Siti Sofia, 24 Mac 2018). Oleh itu penggunaan terapi mandi bunga sering dikaitkan dengan penjagaan kecantikan berbanding untuk penjagaan kesihatan. Maka,masyarakat perlu diberi lebih banyak pendedahan tentang manafaat mandi bunga terhadap penjagaan kesihatan. Terapi mandi bunga dalam perubatan Melayu didapati berpotensi untuk diaplikasikan sebagai pencegahan dan merawat penyakit, terutamanya dalam menangani masalah mental yang telah meningkat dua kali ganda sejak sepuluh tahun yang lepas (Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, 28 September 2016). Terapi mandi bunga didapati boleh membantu dalam masalah kesihatan mental dengan menurunkan hormon kortisol (hormon stres), meningkatkan rasa nyaman, santai dan meningkatkan paras endorfin yang memberikan rasa “feel-good” yang juga membantu dalam mengurangkan rasa sakit. Amalan terapi mandi bunga juga didapati berpotensi dalam mencegah masalah kemurungan. Maka kajian ini adalah bertujuan untuk membentangkan terapi mandi bunga sebagai salah satu cara untuk penjagaan kesihatan mental.
Metadata
Sumber Maklumat: | UTM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu Adat dan Budaya Melayu > Pemikiran Melayu Adat dan Budaya Melayu > Adat Resam & Tradisi > Petua dan Pantang Larang |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Jun 2025 04:39 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Mandi bunga, Terapi mandi bunga, Kesihatan mental |