Harun, Jelani (2013) Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman). pp. 3-17. ISSN 2289-4268 (In Press)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Misa Melayu dikenali sebagai salah sebuah karya besar yang lahir dalam sejarah Negeri Perak. Karya nukilan Raja Chulan pada abad ke-18 tersebut memperlihatkan suatu contoh ketinggian seni penulisan pengarang tradisi Melayu pada masa silam. Penerbitan Misa Melayu oleh R.O. Winstedt pada 1919 telah mengenengahkan karya tersebut kepada pembaca dengan pelbagai tafsiran dibuat terhadapnya oleh para sarjana. Walau bagaimanapun, penelitian penulis ke Cambridge University Library telah menemui sebuah manuskrip (MS Or. 832) yang agak jarang dibicarakan oleh para peneliti manuskrip Melayu sebelum ini. Manuskrip mengandungi beberapa perbezaan ketara berbanding dengan teks Misa Melayu terbitan Winstedt termasuk judulnya yang bermula dengan Hikayat Misa Melayu. Penulisan ini bermatlamat untuk membicarakan MS Or. 832 yang tersimpan di Cambridge University Library sebagai sebuah versi baru teks Misa Melayu dan seterusnya membuka ruang perbincangan terhadap kepentingannya dalam sejarah Negeri Perak
Metadata
Taksonomi: | Warisan Melayu > Sejarah |
---|---|
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 19 Oct 2016 04:45 |
Kata Kunci: | Misa Melayu, seni penulisan, manuskrip Melayu, versi baru, sejarah |