Abdullah Hadi, Abdul Walad (2003) Perhubungan antara perlakuan pembelanjawan dan prestasi pengurusan di kalangan pengetua sekolah menengah di Malaysia: pengaruh komitmen organisasi / Abdul Walad B Abdulllah Hadi. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia..

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini menguji sama ada terdapat hubungan antara perlakuan pembelanjawan dan prestasi pengurusan dalam sektor awam. Penyertaan dalam penyusunan belanjawan, perhatian peribadi terhadap belanjawan, penilaian berasaskan belanjawan dan manipulasi belanjawan yang teijadi dikenalpasti sebagai dimensi perlakuan pembelanjawan kajian ini yang beroperasi pada skala peringkat individu. Hubungan perlakuan pembelanjawaii dan prestasi pengurusan di dalam karya perakaunan menghasilkan keputusan yang berkonflik, sekali gus membuktikan kempngkinan pengaruh pembolehubah pemoderat, komitmen organisasi. Mengikut teori yang dibentangkan dalam kajian ini, individu yang tinggi komitmen afektif mereka, perlakuan pembelanjawan dan prestasi pengurusan berhubungan secara positif manakala hubungan itu akan sonsang bagi individu yang rendah komitmtm afektif mereka. Mengikut teori itu juga, individu yang tinggi komitmen kontinuan mereka, perlakuan pembelanjawan dan prestasi pengurusan berhubungan secara sonsang manakala hubungan itu akan positif bagi individu yang rendah komitmen kontinuan mereka. Gerak balas daripada 177 pengetua sekolah menengah dan pibak atasan mereka, pegawai pendidikan daerah dari dalam negara dipungut bagi tujuan kajian ini. Pemungutan data dilakukan mengikut kaedah tinjauan soal selidik.
Metadata
Sumber Maklumat: | Institutional Repository USM |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Institusi Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 13 Sep 2021 16:01 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | pendidikan melayu |