Choo Ming, Ding (2013) The Collection and Rewriting of Captivating Folklores in the Indo-Malay World as Part of World Cultural Heritage. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman). pp. 61-68. ISSN 2289-4268 (In Press)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Banyak daripada ribuan cerita rakyat yang lahir di alam Indo-Melayu adalah karya agung yang sudah melalui ujian masa dalam sejarah pertumbuhan, perkembangan dan adaptasi masing-masing selepas berkurun-kurun lamanya. Sesetengahnya memang mewakili karya yang paling baik, yang paling pintar dan juga yang paling menarik, maka dikagumi kerana keindahan, kerarifan, pendidikan dan nilainya. Antara contoh yang paling dikenali tidak lain daripada Malim Kundang, juga disebut sebagai Si Tanggang dan Puteri Gunung Ledang. Sekiranya cerita yang pertama itu adalah tentang seorang anak yang tidak tahu berterima kasih, lantaran bertukar menjadi batu setelah enggan mengakui emaknya yang miskin dan hodoh yang datang mencarinya, maka cerita yang kedua pula adalah tentang penolakan Puteri Gunung yang jelita untuk berkahwin dengan raja Melaka yang berkuasa besar dengan tujuh syarat yang mustahil dipenuhi. Daya khayalan, kreativiti dan kuasa mental yang terlibat dalam penciptaan cerita-cerita itu adalah setanding dengan cerita rakyat yang sudah dikumpulkan adik beradik Grimm, Walter Anderson and juga tukang cerita rakyat yang berbakat yang lain yang kita jumpai di dunia ini. Makalah ini cuba memperkatakan motif, kreativiti, impian dan obsesi “pengumpul” dan “editor” cerita rakyat masa dahulu dan masa kini dalam mengumpul, mengarang dan menerbitkan semula sesetengah cerita rakyat yang paling unggul untuk tatapan khalayak umum. Dengan berbuat demikianlah cerita rakyat yang popular itu dapat diperbaharui dari satu generasi ke satu generasi lain dengan menunjukkan gaya, perspektif dan cita rasa mereka yang tersendiri, lantaran menjadikan cerita itu sebahagian daripada warisan budaya dunia, maka sudah ditulis atau diadaptasikan dalam pelbagai bentuk, tidak kira sama ada buku, teater, pertunjukan, lagu, musik atau wayang dari semasa ke semasa. Kesemua cerita itu adalah inti pati dan saksi, maka adalah perwakilan yang paling baik tentang pengarangan, kreativiti dan juga kepintaran tukang cerita dari alam Indo-Melayu
Metadata
Taksonomi: | Warisan Melayu > Sejarah |
---|---|
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 19 Oct 2016 04:36 |
Kata Kunci: | kelisanan, cerita rakyat, Malim Kundang, Puteri Gunung Ledang, alam Indo-Melayu |