Tukiman, Norbaiti and Semil@Ismail, Ghazali (2010) Cabaran dan faktor kejayaan usahawan wanita bumiputera perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri Melaka / Norbaiti Tukiman, Ghazali Semil@Ismail. Project Report. Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah, cabaran dalaman dan cabaran luaran yang dihadapi dalam pemiagaan serta faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) di negeri Melaka. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti dan mengukur hubungan prestasi perniagaan dengan faktor-faktor kejayaan yang dikenalpasti. Borang soal selidik dan temubual telah digunakan sebagai instrumen kajian dalam pengumpulan data dan diedarkan kepada 110 orang usahawan wanita bumiputera PKS di tiga buah daerah di negeri Melaka iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. PKS juga dibahagikan kepada lima sektor iaitu sektor pembuatan, perkhidmatan, peruncitan, pemiagaan am dan pertemakan atau pertanian. Metodologi kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) 16.0 dan dibentangkan dalam bentuk deskriptif seperti carta pai, carta bar dan skor min. Untuk mengenalpasti hubungan antara prestasi perniagaan dan faktor-faktor kejayaan, ujian korelasi dilakukan. Penemuan kajian menunjukkan masalah utama usahawan wanita bumiputera PKS adalah persaingan kemudian diikuti oleh kekurangan sumber modal dan masalah penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan perniagaan. Cabaran dalaman usahawan wanita PKS yang utama adalah keyakinan diri manakala cabaran luaran yang utama adalah cabaran daripada keluarga terdekat. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita PKS yang tertinggi pula minat yang tinggi. Kajian juga mendapati hubungan prestasi pemiagaan usahawan wanita bumiputera PKS dengan faktorfaktor kejayaan adalah lemah dan ini seterusnya menunjukkan prestasi perniagaan tidak dipengaruhi atau bersandar sepenuhnya oleh faktor-faktor kejayaan yang dikenalpasti.
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOPAC Perpustakaan Tun Abdul Razak Shah Alam |
---|---|
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 19 Oct 2016 06:38 |
Kata Kunci: | Usahawan-Wanita, Usahawan-Malaysia, Perniagaan-Wanita |