Abdul Kader, Siti Arifah (2018) Pelaksanaan istibdal dalam kes pengambilan tanah wakaf / Siti Arifah Abdul Kader. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Kader, Siti Arifah (2018) Pelaksanaan istibdal dalam kes pengambilan tanah wakaf / Siti Arifah Abdul Kader. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Kader, Siti Arifah (2018) Pelaksanaan istibdal dalam kes pengambilan tanah wakaf / Siti Arifah Abdul Kader. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Di Malaysia, pengambilan tanah bagi tanah berimilik giat dilakukan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat menjelang Wawasan 2020. Selain daripada tanah berimilik, tanah-tanah wakaf juga telah terlibat dalam pengambilan tanah oleh pihak berkuasa. Secara umumnya, tanah wakaf yang diambil oleh pihak berkuasa adalah menggunakan undang-undang Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960. Walau bagaimanapun, tiada prosedur khusus pengambilan tanah wakaf di dalam Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960. Ini telah menimbulkan isu dimana pihak berkuasa melakukan pengambilan tanah wakaf bukan untuk keperluan maslahah ammah sepertimana dikehendaki oleh undang-undang syariah, tetapi untuk tujuan umum pembangunan negeri. Kebenaran isu ini terbukti melalui kajian yang dijalankan di negeri Kedah apabila terdapat beberapa projek pembangunan seperti projek pembangunan landasan berkembar keretapi, kompleks membeli belah dan sebagainya yang dibangunkan di atas tanah-tanah wakaf. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengambilan tanah wakaf di Kedah ke arah cadangan pindaan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960. Dalam mencapai matlamat kajian ini, dua objektif telah dirangka. Objektif yang pertama adalah untuk mengkaji isu dan masalah bagi kes-kes pengambilan tanah wakaf di Kedah. Objektif kedua pula adalah untuk mencadangkan penambahbaikan dalam pengambilan tanah wakaf dengan menggunakan negeri Kedah sebagai kajian kes. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mengaplikasikan kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Sebanyak empat kes pengambilan tanah wakaf di Kedah telah dikaji. Proses pengumpulan data dalam kajian ini terbahagi kepada dua iaitu pengumpulan data melalui data primer dan data sekunder. Data primer merupakan data yang diperoleh hasil daripada temu bual bersama beberapa orang responden seperti pegawai wakaf di Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), penolong pengarah di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), pensyarah kanan di Jabatan Pengurusan Harta Tanah Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), pakar dalam pengambilan tanah, peguam dan perancang bandar manakala data sekunder iaitu data yang diperoleh daripada dokumen, buku, artikel, jurnal dan bahan bacaan yang lain. Analisis kandungan telah digunakan bagi menganalisis keempat-empat kes dalam pengambilan tanah wakaf bagi mengenal pasti isu dan masalah manakala persepsi responden dikodkan dalam analisis untuk cadangan penambahbaikan dalam pengambilan tanah wakaf di Kedah. Hasil daripada kajian ini mendapati perlunya pindaan dilakukan kepada beberapa seksyen dalam Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 dengan memasukkan seksyen khas untuk tanah wakaf. Ini kerana penggunaan tanah wakaf adalah untuk tujuan pembangunan ekonomi dan bukannya untuk memenuhi keperluan maslahah ammah yang dinyatakan dalam undang-undang syariah. Kajian ini telah menyumbang kepada bidang wakaf dengan cadangan pindaan dalam Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 dengan menambah seksyen khas untuk tanah wakaf dan pihak-pihak yang berkepentingan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UTM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Sistem Undang-Undang Melayu > Sistem Perundangan |
Bidang: | Sistem Undang-Undang Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 25 Sep 2025 09:34 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Waqf land, Malaysia, Land Acquisition Act (LAA) |