Md Azahri, Zulhusni and Mat Desa, Mohd Asyiek and Mohd Bakhir, Norfarizah (2014) Penyampaian Visual Melalui Teknik Holografi Dalam Mengangkat Kesenian Tradisional Mak Yong. 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia..

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan teknik visual tiga dimensi yang menjurus kepada penggunaan teknologi media baru, iaitu holografi. Teknik holografi ini diperolehi dengan gabungan visual tiga dimensi yang akan dipancarkan melalui projeksi yang akan berinteraksi antara ruangan asap dan gelombang cahaya. Visual yang dihasilkan akan mewujudkan sesuatu objek yang akan muncul dan boleh dilihat melalui pandangan depan oleh penonton. Projek yang dijalankan melalui teknik holografi ini merupakan suatu teknik pemetaan cahaya yang menggabungkan elemen- elemen tiga dimensi dengan teknik kesan khas yang akan dipersembahkan disuatu ruangan. Teknik ini merupakan satu pemetaan cahaya ke atas permukaan asap. Hasil daripada interaksi ini, gelombang cahaya akan melalui ruangan asap dan akan mewujudkan imej apabila dipancarkan kepada permukaan asap tersebut dan imej yang akan muncul itu seolaholah timbul. Setiap pancaran cahaya juga yang telah diprogram animasi 3 dimensi juga akan digabungkan dengan elemen pergerakan warna grafik untuk membuatkan penonton tertarik dengan hasil dari unjuran perspektif
Metadata
Sumber Maklumat: | Open Access Repository of USM Research & Publication |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 30 Sep 2022 07:49 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Kesenian Tradisional, Mak Yong, Media Kreatif |