Hasrah, Mohd Tarmizi (2015) Asmah, Collins, Dan Dialek Melayu: Pentafsiran Mengenai Gagasan Dan Implikasinya Terhadap Grafisejarah Linguistik Melayu. Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini menganalisis gagasan atau idea tentang dialek dan dialektologi Melayu yang dikemukakan oleh dua orang bahasawan bahasa Melayu tersohor iaitu Asmah Hj. Omar dan James T. Collins. Berpedoman kepada pendekatan ‘Kesinambungan’ dan ‘iklim idea’ dalam grafisejarah linguistik, gagasan tentang dialek dan dialektologi Melayu oleh Asmah dan Collins dianalisis secara perbandingan. Analisis ini bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri istimewanya. Pada masa yang sama, makalah ini turut menelusuri sumber yang memberi ilham kepada Asmah dan Collins dalam membentuk gagasan dialek dan dialektologi mereka. Isu yang dibincangkan ini bukan sahaja berlegar-legar seputar persoalan dialek dan dialektologi Melayu, malah turut mengandungi implikasi tidak langsung kepada beberapa persoalan dalam grafisejarah linguistik Melayu secara umumnya.
Metadata
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Bahasa Melayu |
---|---|
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 30 Sep 2022 07:43 |
Pautan Berkaitan: |