UNSPECIFIED (1996) Budaya dan orang Melayu : satu dilema. In: Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, 20-24 May 1996, Beijing, China.
UNSPECIFIED (1996) Budaya dan orang Melayu : satu dilema. In: Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, 20-24 May 1996, Beijing, China.
UNSPECIFIED (1996) Budaya dan orang Melayu : satu dilema. In: Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, 20-24 May 1996, Beijing, China.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Dengan keyakinan bahawa kepelbagaian dan kerencaman tamadun manusia sedunia merupakan suatu fitrah dan sunatullah, dan oleh itu perlu disantuni dengan hikmah dan lapang dada, penganjur persidangan memilih tema "Menjalin Persefahaman antara Tamadun melalui Pengajian Melayu". Tema itu malah bertepatan pula dengan peristiwa penting terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Republik Rakyat China pada 31 Mei 1974 yang memenuhi usaha merapatkan jurang antara dua tamadun. Persidangan anjuran Pusat Pengajian Melayu China, Universiti Pengajian Asing Beijing itu secara sedar memang dirancang untuk diadakan bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara dua buah negara yang sekali gus mewakili dua tamadun besar, iaitu tamadun Melayu dan tamadun China. Bukan suatu kebetulan pula bahawa persidangan itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, anakanda tokoh yang merintis dan merealisasikan hubungan diplomatik pertama dalam kalangan negara di Asia Tenggara dengan kuasa besar China, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Namun, yang lebih penting daripada perayaan yang sedikit bernostaglia tentang keakraban hubungan antara dua buah negara dan wilayah itu ialah kupasan para pemakalah persidangan tentang hakikat usaha menjalin persefahaman antara tamadun, baik kupasan yang menyeluruh mahupun yang menjurus kepada hubungan antara tamadun Melayu dengan tamadun China.
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOPAC Pendeta UM (PL5061 PAPM 1996)PPZ. Koleksi Persidangan. |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Kebudayaan |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 19 Oct 2016 02:41 |
Kata Kunci: | Budaya Melayu, Tamadun Melayu, Tamadun China |