Abdullah@Zakaria, Ahmad Farhan (2016) Hubungan politik antara Selangor dengan Perak, 1804-1825 / Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Selangor dan Perak merupakan sebuah entiti politik tersendiri di Tanah Melayu. Kerajaan dinyatakan mempunyai hubungan politik baik antara satu sama lain tetapi menjadi keruh setelah Selangor menyerang dan menguasai Perak pada 1804. Walaupun begitu, hubungan politik ini kembali dipulihkan secara beransur-ansur setelah termetarai Perjanjian Anderson 1825. Makalah ini bertujuan membuktikan bahawa Selangor menggunakan perang sebagai metod sah dan mutlak untuk menguasai Perak pada 1804 yang menyebabkan hubungan politik menjadi renggang. J. M. Gullick (1998), Mohd Yusoff Haji Hashim (2001) dan Abdullah Zakaria Ghazali (2005) kurang meneliti perkara dinyatakan menyebabkan berlaku salah faham mengenai hubungan tersebut. Makalah ini akan: mengenal pasti struktur pentadbiran Selangor dan Perak; menganalisis terhadap hubungan politik dan peperangan dinyatakan; dan menilai sama ada perang sesuai ditempatkan sebagai metod sah serta mutlak untuk menguasai sesebuah kerajaan di Tanah Melayu atau sebaliknya. Sumber primer seperti Pejabat Kolonial (Colonial Office; CO), Rekod Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Record; SSR), Rekod Pusat Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Factory Record; SSFR) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK) digunakan untuk menjawab perkara dikemukakan. Secara keseluruhannya, Selangor berjaya menguasai Perak dengan menggunakan perang sebagai metod penguasaan dan perluasan kuasa sesebuah kerajaan secara sah serta mutlak. Di samping itu, hubungan politik antara kerajaan dinyatakan pada awalnya baik menjadi renggang sejak 1804 hingga dipulihkan secara perlahan-lahan setelah termetarai Perjanjian Anderson 1825. Sehubungan itu, Selangor dan Perak kekal menjadi sebuah entiti politik tersendiri pada 1825 dan tetap menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain hingga kini (2016).
Metadata
Sumber Maklumat: | Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 17 Oct 2016 04:06 |
Kata Kunci: | Hubungan Politik, Selangor, Perak, Perang, Perjanjian Anderson 1825. |
Download
Filename: K_AHMAD FARHAN ABDULLAH UKM_16.pdf