Wan Yusoff,, Wan Faizah (2013) PENGURUSAN HUMORAL DAN HUBUNGKAITNYA DENGAN ETIOLOGI SAKIT DEMAM DALAM SISTEM PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU DI KELANTAN, MALAYSIA. Seminar Serantau Ke - 2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu, 6 - 7 May 2013, Pekanbaru, Riau, Indonesia..

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Sistem perubatan tradisional Melayu merupakan sistem perubatan masyarakat Melayu yang bersifat holistik. Dalam sistem perubatan ini hubungan antara pesakit, perawat dan unsur-unsur alam semulajadi amat dipentingkan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sistem perubatan tradisional Melayu dipengaruhi oleh empat elemen utama iaitu api, tanah, angin dan air. Unsur ini dikenali sebagai humoral yang turut dipercayai oleh kebanyakan sistem perubatan tradisional lain di dunia. Terdapat dua penyebab keuzuran atau sakit dalam masyarakat Melayu iaitu faktor fizikal atau fisiologi manusia seperti keadaan persekitaran dan kedua faktor supernatural seperti gangguan makhluk halus. Kertaskerja ini akan mengulas lebih lanjut faktor alam semulajadi yang terkandung dalam sistem humoral tersebut serta kaitannya dengan etiologi sakit demam dalam masyarakat Melayu Kelantan sehingga kini dengan menggunakan kaedah kajian yang bersifat kualitatif dan interpretasi budaya. Selain itu teknik-teknik penyembuhan penyakit, falsafah perubatan serta peranan golongan perawat Melayu tradisional juga turut disentuh berdasarkan kajian etnografi yang dijalankan oleh penyelidik di beberapa buah daerah di negeri Kelantan.
Metadata
Sumber Maklumat: | USM Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Cabaran |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Oct 2022 02:26 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | perubatan tradisional Melayu, Melayu, masyarakat Melayu Kelantan, Kelantan |