Wan Yusoff, Wan Faizah (2012) KONSEP KESEIMBANGAN DAN KEHARMONIAN DALAM SISTEM PERUBATAN MELAYU: SATU TINJAUAN AWAL BERDASARKAN KITAB TIBB. 2nd Regional Conference on Local Knowledge, 15-16 October 2012 , Pulau Pinang, Malaysia..

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Manuskrip Melayu menurut takrifan Perpustakaan Negara Malaysia merujuk kepada karya bertulis tangan dalam tulisan jawi yang dihasilkan dalam lingkungan awal abad ke-16 sehingga awal abad ke-20. Bidang penulisan manuskrip mencapai kemuncaknya pada abad ke-17 serentak dengan kegemilangan ilmu Islam yang berpusat di Acheh (Mahayudin, 2000). Manuskrip Melayu yang dikenali sebagai Kitab Tibb mengandungi ilmu berkaitan sains perubatan dan kesihatan masyarakat Melayu yang merakamkan cara-cara mengubati penyakit menggunakan sumber alam semulajadi berupa flora dan fauna serta rempah ratus yang didapati berkesan untuk mengubati penyakit. Menurut Ding (2003), manuskrip Melayu pada kebiasaannya disalin berulang kali hingga memungkinkan terdapat versi yang berbeza bagi sesebuah manuskrip. Sebagai contoh, terdapat 26 versi Tajus Salatin dan 18 versi Sejarah Melayu yang disimpan di pelbagai perpustakaan di seluruh dunia. Hal yang sama dapat dilihat dalam konteks manuskrip perubatan Melayu meskipun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat persamaan antara salinan teks yang dikenali dengan kod dan siri yang berbeza bagi setiap negara. Sebagai contoh, Kitab Tib dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia dikenali dengan kod MSS dan diikuti dengan nombor siri seperti 2219, 759, 1292, 1754 dan sebagainya. Kitab Tib di Departmen Pendidikan & Keguruan Jakarta walau bagaimanapun dikenali sebagai M1.832 dan M1.833 (Shaharir 2003) manakala Kitab Tib di Belanda dikategorikan sebagai Cod. Or. 1769, 6558,4818(b), 8216, 8704, 8733, 12168B dan 7230 (Wan Ali, 1985).
Metadata
Sumber Maklumat: | USM Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Pencapaian Perubatan > Karya > Manuskrip |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Oct 2022 07:50 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | SISTEM PERUBATAN MELAYU, Kitab Tibb, Sains Perubatan, Kesihatan |