Azhan, Nurrul Asmar and Ramli, Harozila (2014) Keindahan Hijab Sebagai Agama Dan Budaya. 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia..
Azhan, Nurrul Asmar and Ramli, Harozila (2014) Keindahan Hijab Sebagai Agama Dan Budaya. 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia..
Azhan, Nurrul Asmar and Ramli, Harozila (2014) Keindahan Hijab Sebagai Agama Dan Budaya. 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia..
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji makna keindahan pemakaian hijab sebagai agama dan budaya masyarakat Malaysia. Hijab atau sinonim dengan tudung bagi masyarakat Malaysia atau pakaian kepala bagi kaum wanita Melayu adalah satu tradisi dan adat yang sangat lama dan tua dalam budaya Melayu. Berhijab adalah satu perhormatan yang tersendiri ke atas keperibadian pemakainya. Kajian ini adalah berdasarkan kaedah pemerhatian dan fahaman mengenai teori Plato ke arah keindahan fesyen hijab yang disokong oleh konsep beragama dan pembangunan dunia fesyen hijab di Malaysia. Mengikut fahaman Plato memahami seni adalah berdasarkan 2 konsep, iaitu seni idea dan imitatif yang mana konsep idea menunjuk kepada teknik yang terukur secara profesional iaitu adanya perubahan dan tranformasi ke atas perbandingan. Manakala teknik dalam hubungan mengandungi pengertian adanya sifat kualitatif yang terukur sehingga terjadi profesional atau keseimbangan dan komposisi yang tepat. Konsep teori Plato tentang seni sebagai imitatif adalah bukan sahaja dalam erti tiruan, ia juga adalah inspirasi dari yang maha Esa sebagai kesempurnaan karya. Kesempurnaan berkarya membawa maksud adanya keghairahan yang sangat luar biasa sebelum dan pada saat persembahan, pertunjukan, penampilan, dan kewujudan karya. Ini adalah bakat dan ilham diberi oleh Maha Pencipta. Keindahan hijab sebagai agama dan budaya tercermin dalam beberapa kriteria indah. Antaranya ialah kreatif dan akuisitif. Keterampilan fesyen hijab sebagai salah satu trend mod di Malaysia ternyata telah memberi warna dan budaya masyarakat dari sebelum zaman milenium sehingga zaman keterbukaan atau lebih dikenali sebagai abad posmodernisme di mana budaya konsumerisme menjadi fenomena terhadap sosial budaya dalam bermasyarakat. Fesyen hijab dengan kreativiti para perekanya telah memenuhi sebahagian dari tuntutan zaman di mana trend berfesyen menuntut masyarakat berbudaya. Zaman pasca modenisme telah mengubah zaman yang menurut syariat kepada mod muslimah yang lebih berketrampilan, moden malah budaya konsumerisme mempengaruhi perkembangannya
Metadata
Sumber Maklumat: | USM Repository |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Oct 2022 07:10 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Hijab, Agama, Budaya |