AHMAD, MUHAMMAD FAISAL (2019) Teater Muzikal Melayu: Satu Kajian Terhadap Struktur Persembahan Melalui Pembentukan Lagu Dramatik. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
AHMAD, MUHAMMAD FAISAL (2019) Teater Muzikal Melayu: Satu Kajian Terhadap Struktur Persembahan Melalui Pembentukan Lagu Dramatik. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
AHMAD, MUHAMMAD FAISAL (2019) Teater Muzikal Melayu: Satu Kajian Terhadap Struktur Persembahan Melalui Pembentukan Lagu Dramatik. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Brown (2007) telah mengatakan bahawa elemen yang dapat membezakan aliran teater muzikal dengan bentuk teater yang lain adalah melalui fungsi lagu sebagai luahan rasa yang tidak dapat dilafazkan menerusi dialog. Pembinaan struktur sesebuah persembahan teater muzikal bukan sahaja dilihat menerusi perjalanan naratifnya malah fungsi lagu-lagu dramatik dalam menentukan gaya penyampaian memainkan peranan membentuk struktur persembahan tersebut. Kajian ini akan memfokuskan struktur persembahan teater muzikal Melayu dengan melihat peranan lagu dramatik serta gaya persembahan pementasan yang dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Tumpuan kajian adalah berdasarkan kepada sepuluh buah produksi yang dipilih bermula pada tahun 2000 hingga 2010. Kaedah dapatan kajian adalah menerusi sumber primer seperti penontonan, temu bual, dan rujukan sumber sekunder. Lagu dramatik dalam teater muzikal yang telah dikategorikan oleh Larry A. Brown (2010) dan John Kenrick (2010) diterapkan dalam Teori Piramid Struktur Dramatik Freytag. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh muzikal Barat dalam gaya dan bentuk struktur persembahan teater muzikal Melayu. Struktur persembahan teater muzikal Melayu juga dilihat menerusi bentuk dan fungsi lagu dramatik yang diterapkan dalam naskhah-naskhah terpilih. Hasil kajian ini memperlihatkan empat bentuk teater muzikal Melayu iaitu Muzikal Sebelum Klimaks, Muzikal Lagu Cerita, Muzikal Konsert dan Muzikal Gaya Rodgers & Hammerstein II serta fungsi buku muzikal sebagai medium pembentukan sebuah teater muzikal.
Metadata
Sumber Maklumat: | USM Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 06 Oct 2022 06:17 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pusat Pengajian Seni, School of the Arts, Thesis, Koleksi Bahasa Melayu, Malay Language Collection, Teater Muzikal Melayu |