Wan Ali, Prof Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin (1996) Pendita Za'ba: pemikirannya mengenai Islam dan Melayu. 100 Tahun Za'ba: Za'ba Pejuang Bangsa. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pendita Za’ba, tokoh pemikir Melayu dikatakan seorang muslim rasionalis yang mempunyai pemikiran yang agak terkedepan berbanding zamannya. Pemikiran beliau dilihat melawan arus perdana (main stream) berbanding dengan golongan majoriti kaum muslimin terutama para ulama Melayu tempatan yang beraliran Kaum Tua dalam beberapa persoalan termasuk [falsafah] takdir (al-qada' dan al-qadr). Keadaan tersebut telah menyebabkan beliau tidak popular, tidak disenangi, bahkan sekiranya perlu diperangi. Za‘ba dengan lantang mengkritik amalan-amalan orang Melayu yang lebih menjurus kepada perkara furu‘ (syariah) sedangkan perkara usul (akidah) mereka dikaburi kepercayaan khurafat, bid‘ah (inovasi), tahyul, karut-marut yang bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam. Walaupun Za‘ba berbeza pandangan, namun beliau cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada menimbulkan kontroversi yang hangat dengan para ulama Melayu tempatan dalam pembicaraan mengenai isu-isu Islam termasuk falsafah takdir. Beliau hanya menghuraikan persoalan tanpa pembahasan aliran-aliran pemikiran, mazhab atau tokoh-tokoh daripada sesuatu aliran mazhab. Za‘ba seorang pejuang bangsa yang gigih dan tegas, boleh dikatakan tokoh Muslim Melayu yang bersifat “moderate”. Beliau kelihatan lebih terbuka, positif dan rasional dari segi pemikiran dan tindakan, kesan daripada pengaruh pemikiran Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad ‘Abduh dan Muhammad Rasyid Rida.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Research Repository |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 05 Oct 2022 04:48 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pendita Za'ba; Zainal Abidin bin Ahmad |