Marinsah, Syamsul Azizul and Aminnuddin, Abdul Oayyuum and Ramli, Mohd Anuar (2015) Manhaj wasatiyyah dalam menangani fenomena sinkretisme dalam 'urf dan adat masyarakat bajau: Kajian di daerah Semporna Sabah / Syamsul Azizul Marinsah, Abdul Oayyuum Aminnuddin & Mohd Anuar Ramli. Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015, 10 Jun 2015, Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).. ISSN 978-967-13426-1-9

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Negeri Sabah mempunyai sebuah masyarakat majmuk yang dilatari dengan keunikan dan perbezaan budaya yang tersendiri dengan masyarakat lain. Pertembungan budaya dan kepercayaan agama telah melahirkan satu entiti hybrid yang menarik dan dikenali dalam khazanah disiplin ilmu fiqh budaya sebagai sinkretisme. Objektif kajian ini cuba mengemukakan kaedah Islam dalam menangani fenomena sinkretisme dalam 'urf dan adat masyarakat bajau di daerah semporna Sabah. Dalam menghadapi sinkretisme antara amalan tradisi dengan ajaran Islam, muncul dua kelompok yang mengambil pendekatan berbeza dalam isu ini. Kelompok pertama adalah golongan yang berusaha untuk mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan menghukumkan bidaah segala amalan masyarakat bajau yang tidak sejajar dengan al-quran dan al-sunnah. Kelompok kedua pula adalah golongan yang dapat menerima sinkretisme secara keseluruhan. Oleh itu, manhaj wasatiyyah perlu diguna pakai dalam menangani fenomena tersebut bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti perlaksanaannya di dalam masyarakat bajau.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Research Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Istiadat |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 25 Jun 2021 16:09 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Manhaj wasatiyyah, adat tradisi, Semporna |