Haris, Mohd Izwan Izhar and Nor Abd Aziz, Mohd Kasturi and Abdul Manaf, Abdul Rahman and Danu @ Danoo, Nor Hudi’in (2016) Hubungan tradisi kerajaan Pa’tani dengan Hujong Tanah (Johor) melalui ikatan perkahwinan dan perang dingin / Mohd Izwan Izhar Haris… [et al.]. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Hubungan kerajaan Melayu Pa’tani dengan Johor sudah lama terjalin sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada akhir kurun ke-15. Selepas kota kejatuhan Melaka kepada kuasa Portugis pada tahun 1511, Kesultanan Melayu Melaka telah berpindah ke Pahang, Bentan dan Kampat sebelum ke Hujong Tanah (Johor) pada masa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah II. Baginda meneruskan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan di Alam Melayu termasuk Pa’tani. Jalinan ukhwah antara Johor dengan Pa’tani telah berlangsung secara baik namun kadangkalanya berlaku dingin seperti ibarat “angin bertiup sepoi-sepoi bahasa begitu menyamankan dan sesekali bertiup kencang seperti angin ribut’. Tali persaudaraan antara kedua-dua kerajaan ini berlangsung melalui ikatan perkahwinan kerabat diraja sebanyak tiga kali namun pernah retak melalui medan perang dingin sebanyak dua kali sekitar tahun 1547-1709. Hubungan Pa’tani-Johor juga turut terjalin melalui penyebaran dakwah Islam, perkembangan bidang bahasa dan kesusasteraan serta kebudayaan Melayu. Kertas kerja ini akan menghuraikan sejauhmanakah hubungan tradisi antara kerajaan Patani dengan Johor berlangsung dengan merujuk beberapa buah manuskrip Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 19 Oct 2016 06:55 |
Kata Kunci: | Pa’tani, Johor, perkahwinan, perang & manuskrip Melayu |
Download
Filename: K_IZWAN IZHAR HARIS UniMAP 16.pdf