Abdul Mukti, Prof. Madya Dr Fakhrudin and Hamat, Prof. Madya Dr Mohd Fauzi and Abd Latif, Dr Faizuri and Ab Hamid, Norafifah (2010) Wasatiyyah dan keamanan global: Kajian terhadap pemikiran ulama Melayu. Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat, 24-25 Februari 2010, Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam..

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Ajaran Islam merupakan sebuah agama yang sangat menekankan konsep wasatiyyah sebagai cara hidup umatnya. Konsep wasatiyyah ini ditekankan dalam segala aspek kehidupan termasuklah aspek akidah, syariah, ekonomi, kepenggunaan, pengurusan pembangunan, akhlak, kebudayaan dan kesenian. Ini selari dengan keamanan global yang turut mementingkan kestabilan pembangunan, ekonomi, iklim persekitaran dan kemanusiaan. Maka konsep wasatiyyah yang menganjurkan mekanisme “al-tawazun” dalam realiti kehidupan sebenarnya menjurus kepada pembentukan keamanan serantau yang akan membawa kepada keamanan global. Konsep wasatiyyah ini dapat dilihat dalam saringan idea-idea ulama terdahulu oleh para ulama Melayu Nusantara melalui penulisan dan penghayatan mereka. Islam yang diwarisi kini adalah hasil dari pendekatan yang memberi keutamaan kepada keamanan dan kedamaian sosial dalam kalangan masyarakat setempat. Justeru, kertas kerja ini akan memfokuskan kepada pemikiran ulama Melayu di samping melihat sejauh mana pemikiran dan pendekatan mereka telah menyumbang ke arah keselamatan sosial dan keamanan global.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Research Repository |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 10 Jun 2022 08:11 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pemikiran, Ulama Melayu |