Pogadev,, Victor .A (2015) Terjemahan sastera bahasa Rusia-bahasa Melayu: Cabaran dan cara penyelesaian / Dr. Victor A. Pogadaev. A Monthly seminar of Nus antara's Malay-Indonesian Readings at Lomonosov Moscow State University, 15 August 2015, Lomonosov Moscow State University..

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Masalah terjemahan prosa dianalisis dengan memberi contoh terjemahan novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan (St.-Petersburg, 2009). Antaranya penterjemahan metafora yang menjadi satu komponen penting dalam sistem seni novel itu, unsur simile (perbandingan), personifikasi alam, kata eufemisme, mainan kata (pun), perbezaan nahu. Tidak luput juga masalah berkenaan dengan gender yang ada dalam Bahasa Rusia dan tidak ada dalam Bahasa Melayu. Penterjemahan puisi adalah lebih mencabar daripada penterjemahan prosa. Perkataan Melayu dalam ayat tidak banyak berubah seperti dalam bahasa Rusia. Jadi bilangan rima dalam bahasa Melayu adalah agak terhad. Tambahan pula, susunan perkataan dalam ayat Rusia adalah lebih fleksibel daripada susunan perkataan dalam bahasa Melayu. Dengan begitu, bahasa sendiri menentukan bentuk puisi yang paling sesuai, Masalah terjemahan puisi dianalisis dengan memberi contoh terjemahan pengalaman semasa menyusun antologi pertama sastera Rusia dalam bahasa Melayu yang bertajuk Mawar Emas, iaitu terjemahan sejumlah puisi klasik dan moden Rusia yang diterbitkan di Kuala Lumpur pada tahun 2009 oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (sekarang Institut Terjemahan & Buku Malaysia).
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Research Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 31 Oct 2021 14:45 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | terjemahan prosa, terjemahan puisi, terjemahan dari bahasa Rusia,terjemahan dari bahasa Melayu |