Sani, Nazariyah (2014) Inovasi guru linus membantu murid menguasai literasi / Nazariyah bt. Sani. Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran, 21 Mac 2014, University of Malaya..

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Murid LINUS perlu menguasai literasi agar mereka celik huruf dan seterusnya berjaya dalam bidang pendidikan (G. Carron dan A. Bordia, 1985; Zinitulniza, 2011). Penguasaan literasi dikuasai melalui sistem persekolahan formal di mana institusi pendidikan memainkan peranan penting (White and Cranitch, 2010). Guru LINUS perlu berinovasi agar murid yang menguasai literasi mempunyai jati diri di bidang masing-masing. Oleh itu bersandarkan Teori Behaviourisme dan disokong oleh Teori Humanistik Maslow, kertas kerja ini akan menghuraikan konsep asas yang dimaksudkan sebagai guru berinovasi. Selanjutnya kertas kerja ini akan memperjelas bagaimana guru berinovasi mampu memangkin murid menjadi manusia yang menguasai literasi. Selain itu kertas kerja ini menghuraikan bagaimana inovasi boleh menjadi amalan guru dalam pembelajaran dan pengajaran di Malaysia. Kertas kerja ini turut menyatakan justifikasi mengapa perlunya inovasi oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran mereka. Akhir sekali kesan inovasi terhadap proses penguasaan literasi murid seterusnya memanusiakan murid turut diperjelas.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Reseach Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Tokoh Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 16 Aug 2021 05:57 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Literasi, Inovasi, Pembelajaran dan Pengajaran, Memanusiakan Murid, Jati Diri |