Haron, Hamdzun (2019) Teknologi dan pembuatan tembikar warisan melayu tradisional. Prosiding Seminar Antarabangsa Susatera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA 19). pp. 535-554.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai hasil seni khasnya kraftangan yang tinggi nilainya. Hasil seni kerja tangan manusia yang terawal dicipta di negara ini adalah sejak zaman prasejarah lagi. Penemuan artifak-artifak seperti serpihan- serpihan tembikar, senjata, perkakas hiasan dan alat masakan merupakan bukti yang boleh menggambarkan manusia pada zaman itu telah mula membuat kerja-kerja membentuk pasu dari tanah liat, menukang, mengukir dan membuat perahu dengan menggunakan teknologi. Salah satu daripada kraftangan warisan Melayu yang dihasilkan menggunakan teknologi adalah tembikar. Ada 3 jenis tembikar iaitu labu tanah terenang, dan mambong. Tembikar yang pertama menunjukkan bentuk yang menekankan sifat semula jadi bahan iaitu tanah liat dan teknik menggunakan tangan bagi membentuk tembikar khas untuk masakan dan banyak dihasilkan di Mambong, Kelantan. Tembikar kedua diilhamkan oleh labu asli dan terus berkembang dengan pelbagai bentuk labu tanah yang dihasilkan di Sayong dan Pulau Tiga, Perak. Tembikar ketiga pula menyerupai bentuk bersifat logam seperti Terenang dari Tembeling, Pahang. Bagi memastikan kelangsungan warisan seni ini diteruskan pelbagai teknologi digunakan dalam penghasilannya.
Metadata
Sumber Maklumat: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Jun 2021 00:54 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | https://smk.ukm.my/erep/fail3.cfm?komp=T112019437 |