Wan Sulaiman, Wan Hamdi and Jamsari, Ezad Azraai and Ismail, Ahmad Munawar (2012) Kelas Menengah Muslim di Malaysia: Merintis Sebuah Penerokaan Peranan Institusi Pendidikan dalam Melahirkan Kelas Menengah Melayu di Malaysia Sebelum dan Selepas Merdeka. ukm. pp. 49-71.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin berkembang. Masyarakat di dunia moden ini mula menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta milikan, keturunan, kedudukan politik, kuasa atau autoriti, anugerah atau darjat kebesaran yang dimiliki dan sebagainya. Persepsi atau pandangan individu terhadap kelas sosial begitu ketara. Individu yang mempunyai kuasa dan harta yang banyak lebih dipandang tinggi dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah, bersawah atau makan gaji. Senario ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian antara individu dalam masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan sosial. Kemunculan kelas menengah telah dipersetujui oleh ramai sarjana dan penulis yang mengkaji tentang struktur dan susun lapis masyarakat Melayu sebelum dan selepas merdeka. Boleh dikatakan bahawa kemunculan kelas ini adalah kesan jangka panjang akibat daripada pelaksanaan dasar-dasar Inggeris dalam sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Ini kerana daripada dasar-dasar Inggeris inilah, struktur dan susun lapis masyarakat Melayu berubah daripada struktur feudal kepada demokrasi (Sufean, 2004). Selain itu, banyak sistem-sistem pentadbiran Inggeris yang ditiru serta diamalkan dalam pentadbiran Melayu. Salah satu elemen penting yang diambil oleh pentadbiran Melayu daripada sistem Inggeris ialah pendidikan. Objektif penulisan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana peranan institusi-institusi pendidikan dalam melahirkan kelas menengah Melayu di Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Jika dilihat sebelum merdeka, telah muncul beberapa institusi antaranya sekolah pondok, madrasah dan maktab-maktab bagi melahirkan golongan kelas menengah Melayu. Walaupun masyarakat kelas menengah tidak begitu ramai sebelum merdeka, tetapi mereka dapat memainkan peranan dan memberi sumbangan kepada masyarakat pada ketika itu. Manakala peranan institusi-institusi selepas merdeka dalam melahirkan golongan kelas menengah Melayu telah menunjukkan perkembangan yang ketara. Selain itu, kewujudan peluang pendidikan telah melahirkan masyarakat yang hebat dan profesional dalam sesuatu bidang.
Metadata
Sumber Maklumat: | Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Institusi Pendidikan Melayu Pendidikan Melayu > Sistem Pendidikan Selepas Merdeka |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Jun 2021 01:05 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Middle classes, Kelas pertengahan |