Sulaiman, Norela and Abdullah, Maimon (2013) Kelip-kelip atau kunang-kunang sebagai warisan sosioekonomi di alam melayu / Norela Sulaiman & Maimon Abdullah. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kelip-kelip atau kunang-kunang memang tidak asing lagi bagi penduduk di alam Melayu.Salah satu spesies kelip-kelip ini,Ptyproptyx tener, berkelip secara serentak.Serangga ini terdapat di tempat- tempat lembab di merata pelusok di alam Melayu terutamanya di kawasan-kawasan sawah padi sehinggalah ke muara-muara sungai. Selain di Malaysia, serangga ini juga didapati di Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei danSingapura. Adalah dianggarkan bilangan spesies di Malaysia adalah sebanyak 20 spesies, Kumbang kecil ini menghasilkan kerlipan cahaya di bawah perutnya untuk menarik pasangan dan juga sebagai mekanisma untuk mempertahankan diri.Pokok Berembang (Sonneratia caseoralis) merupakan tempat kumbang dewasa ini berkumpul untuk menarik pasangan.Kumbang ajaib ini dikatakan mempunyai daya tarikan yang bukan kepalang lagi bagi menambah sumber pendapatan penduduk desa terutamanya di Kampung Kuantan, Kuala Selangor, di Malaysia.Menurut sumber daripada Majlis Daerah Kuala Selangor, pendapatan pendayung sampan yang membawa pelancong menikmati keindahan kerlipan kumbang ini di waktu malam, semakin bertambah dari hari ke hari.Berbagai ancaman persekitaran seperti pencerobohan tebing sungai, perladangan dan perubahan cuaca mengurangkan bilangan kumbang ini. Langkah pemuliharaan kumbang ini perlu dijalankan dengan memulihara persekitaran tebing sungai, di mana peringkat telur, larva dan pupa selama lima bulan setengah dilengkapkan di sini dan hanya dua minggu sahaja peringkat dewasa, mendiami pokok Berembang. Pemuliharaan habitat dengan menanam semula pokok Berembang telah dijalankan bagi mengekalkan warisan berharga ini di alam Melayu
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Sosio Ekonomi |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Jun 2021 16:25 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Kelip-kelip, Kunang-kunang, Warisan sosioekonomi |