Yunus, Roslina and Mat Enh, Azlizan and VP Hamzah, Zubaidah and Abd Razak, Mohamad Rodzi (2017) Pengaruh ekonomi british di tanah melayu: penglibatan imigran India dalam sektor buruh di malaya (1900-1957) / Roslina Yunus, Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah & Mohamad Rodzi Abd Razak. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies. ISSN 2180-0251

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperlihatkan perkembangan dari segi pembukaan kawasan estet secara besar-besaran pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Secara tidak langsung aktiviti penghijrahan imigran dari India turut berlaku secara mendadak kerana berlakunya pengimportan buruh dari India Selatan. Fenomena ini boleh dikaitkan dengan kedatangan British ke Negeri-negeri Melayu sejak pengambilan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka (1824), Perak (1874) dan Negeri-Negeri Melayu yang lain. Pihak British telah membawa masuk buruh dari India atas sebab kekurangan tenaga buruh bagi mengerjakan ladang-ladang getah, kopi, tebu dan estet-estet. Buruh-buruh India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak dan Sistem Kangani. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang buruh-buruh India di Tanah Melayu terutamanya buruh di ladang yang bermula dari tahun 1900 sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Objektif artikel ini adalah untuk menghuraikan faktor-faktor kedatangan orang India ke Tanah Melayu kesan daripada perkembangan ekonomi Malaya semasa penjajahan British. Selain itu, artikel ini juga turut menganalisis pengasimilasian yang telah berlaku dalam kalangan imigran India di Tanah Melayu sehingga membentuk komuniti-komunitinya sendiri. Sumber yang digunakan dalam artikel ini adalah bersandarkan kepada sumber pertama yang diperoleh dari fail-fail Colonial Officer, Annual Report, Dewan Parlimen serta keratan-keratan akhbar di samping rujukan sumber sekunder. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kehadiran buruh India di Tanah Melayu sememangnya telah membawa satu perubahan yang besar bukan sahaja dari segi ekonomi, malah membawa kepada masyarakat pelbagai kaum sehingga ke hari ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Dasar Ekonomi Ekonomi Melayu > Sejarah Perkembangan |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Jun 2021 16:19 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Ekonomi, Melayu, Imigran, Malaya |