Sam, Nazilah and Mohd Majzub, Rohaty (2017) Kesan pendidikan pra sekolah ke atas kesediaan literasi (Bahasa Melayu) kanak-kanak Tahun Satu. Kesan pendidikan pra sekolah ke atas kesediaan literasi (Bahasa Melayu) kanak-kanak Tahun Satu.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kesan pendidikan prasekolah ke atas kesediaan Literasi Bahasa Melayu kanak-kanak Tahun Satu di 4 buah sekolah rendah di Zon Sebuyau dari Daerah Simunjan Sarawak. Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang kanak-kanak Tahun Satu berumur 7 tahun iaitu 50 responden lelaki dan 50 responden perempuan dengan menggunakan jenis persampelan bertujuan. Kajian yang berbentuk diskriptif ini menggunakan kaedah pengujianan yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A bagi demografi responden manakala bahagian B bagi item-item instrumen dalam Ujian Diagnostik yang dipetik daripada Saringan 1 LINUS Literasi Bahasa Melayu 2015 Tahun 1. Dapatan data yang diperoleh diproses dan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2007. untuk mencari nilai min, kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan literasi BM dalam kalangan kanak-kanak Tahun 1 adalah pada tahap cemerlang iaitu sebanyak 51% berupaya menguasai 12 kemahiran yang diuji manakala hanya 7% murid yang masih belum menguasai kemahiran dalam Konstruk 1 dan Konstruk 2. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kesediaan literasi kanak-kanak yang mempunyai pendidikan awal sama ada dari Prasekolah KPM mahupun dari Luar KPM menunjukkan peratusan cemerlang yang amat tinggi iaitu masing-masing menyumbang 29% dan 22%. Bagi murid yang tidak mempunyai latarbelakang pendidikan awal jelas menunjukkan penguasaan mereka berada pada tahap yang lemah. Tahap kesediaan literasi berdasarkan jantina pula mendapati murid perempuan lebih cemerlang daripada murid lelaki biarpun sedikit perbezaan iaitu 5% sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa, kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sebagai persediaan awal dalam melangkah alam persekolahan rendah memberi impak yang besar dan mempengaruhi kesediaan mereka untuk mengikuti pembelajaran di Tahun 1. Kajian ini diharap dapat membantu golongan pendidik terutamanya di peringkat pendidikan awal kanak-kanak untuk menyediakan intervensi serta pengisian bermakna dengan lebih berkesan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Instititional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa Pendidikan Melayu > Institusi Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 12 Jun 2021 23:54 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pendidikan Prasekolah, literasi,kesediaan, tahun satu, |