Salleh, Morni Hanim and Mohd, Samsudin and Mansor, Suffian (2020) Tuntutan KPGM-KPGMPTM terhadap Kedudukan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Tanah Melayu, 1946-1960-an ( The KPGM-KPGMPT Demans on the Status of the Malay Language in Malaya's Education System, 1946-1960s ) / Morni Hanim Salleh, Mohd Samsudin, Suffian Mansor. Malaysia and International History Review, 2 (2). ISSN 2682-8839 (e-isbn)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Artikel ini membincangkan penglibatan KPGMS (Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung)-KPGMPTM (Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu) sebagai pejuang bahasa Melayu dan peranannya sebagai suara rakyat dalam menyampaikan hasrat untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan sehingga diangkat menjadi bahasa kebangsaan melalui akta Bahasa Kebangsaan 1963. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, KPGMS- KPGMPTM sedar bahawa penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah perlu diberi keutamaan kerana bahasa Melayu merupakan bahasa utama penduduk di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, apabila dasar-dasar seperti, Laporan Barnes (1950), Ordinan Pelajaran (1952), Kertas Putih Pelajaran (1954), Laporan Razak (1956), Rahman Talib (1960) dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963) diperkenalkan, KPGMS-KPGMPTM telah memberi reaksi dan menuntut agar kedudukan bahasa Melayu dan pendidikan orang Melayu dipertingkatkan. Terdapat beberapa strategi dilakukan oleh KPGMS-KPGMPTM apabila kandungan dalam laporan pendidikan tidak memenuhi kehendak organisasi tersebut antaranya seperti menyuarakan pandangan dalam ‘Mujallah Guru,’ menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran dan lebih agresif lagi keluar daripada UMNO.
Metadata
Sumber Maklumat: | eJournal.ukm |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Institusi Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Jun 2021 11:17 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Sejarah pendidikan Malaysia; Bahasa Melayu; Bahasa kebangsaan; Pertubuhan Bukan Kerajaan |