Mazlan, Rohaida and Amin, Norziah and Abd Rahman, Mohd Zaki and Mahamod, Zamri (2020) Tahap penguasaan membaca dan menulis murid B40 dari perspektif guru Bahasa Melayu. UKM.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid daripada keluarga B40 dari perspektif guru Bahasa Melayu. Seramai empat (4) orang guru Bahasa Melayu yang mengajar murid-murid B40 ini juga ditemu bual. Seramai dua orang guru Bahasa Melayu mengajar di SMKA dan dua orang guru Bahasa Melayu lagi mengajar di SMKB. Peserta kajian guru Bahasa Melayu terdiri daripada tiga orang guru perempuan dan satu orang guru lelaki. Kesemua guru Bahasa Melayu ialah guru berpengalaman mengajar di antara 11 hingga 25 tahun. Temu bual berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Data temu bual dianalisis secara naratif di mana tema yang ditemui adalah berdasarkan soalan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua murid B40 kaum Cina, India dan Melayu ini mempunyai tahap penguasaan membaca dan menulis sangat terhad dan terhad. Murid B40 Cina paling lemah kemahiran membaca dan menulis. Bagi guru Bahasa Melayu, murid B40 Cina paling lemah dan kurang lancar membaca dan menulis, diikuti murid B40 India dan murid B40 Melayu. Guru Bahasa Melayu menyatakan faktor sikap merupakan faktor utama murid-murid B40 tidak tahu membaca, terutamanya murid B40 Cina. Kesimpulannya, faktor sikap murid dan sokongan ibu bapa B40 dapat membantu murid-murid B40 untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik
Metadata
Sumber Maklumat: | MALAY LANGUAGE EDUCATION JOURNAL - MYLEJ |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Sistem Pendidikan Pasca Kemerdekaan |
Tarikh Muatnaik: | 12 Jun 2021 23:45 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Bahasa melayu, penguasaan membaca, penguasaan menulis |