Jaffar, Johari and Bidin, Mohamad Omar and Mohamed Khalid, Noor Azlina (2014) Peranan rekabentuk dalam mengekalkan keunikan adat dan budaya makan masyarakat Melayu / Johari Jaffar, Mohamad Omar Bidin, Noor Azlina Mohamed Khalid. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA), 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia. (Unpublished)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Rekabentuk merupakan satu bidang seni yang dapat membantu dalam membuat penambahbaikan dan menghasilkan sesuatu produk mengikut keperluan masyarakat hari ini. Keunikan adat dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai elemen yang menarik sehingga menjadi satu identiti kepada masyarakat tersebut. Dalam kajian ini, rekabentuk dilihat sebagai satu medium yang penting dalam mengekalkan adat dan budaya masyarakat Melayu yang makan menggunakan tangan dan hal ini merupakan satu nilai budaya yang unik. Adat makan merupakan salah satu adat yang seringkali diasosiasikan dengan masyarakat Melayu, malah ianya turut menjadi salah satu identiti yang unik dan masih dipraktikkan hingga ke hari ini. Berdasarkan kajian, set pinggan mangkuk yang berada di pasaran hari ini tidak sesuai untuk digunakan bagi hidangan yang menggunakan tangan, di mana masyarakat Melayu terpaksa mengadaptasikan penggunaan set pinggan mangkuk yang terdapat di pasaran yang kebanyakannya direka mengikut rekabentuk dan citarasa Barat. Justeru itu, kajian ini telah meneroka dan menganalisa rekabentuk dan penggunaan set pinggan mangkuk yang bersesuaian dengan adat makan masyarakat Melayu bagi mengekalkan keunikan adat tempatan ini. Di atas kesedaran itu, satu set pinggan mangkuk yang sesuai dengan keunikan budaya makan masyarakat Melayu turut dicadangkan melalui proses rekabentuk.
Metadata
Sumber Maklumat: | USM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Resam & Tradisi Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 15 Jul 2021 00:13 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Rekabentuk, Adat dan budaya, Masyarakat Melayu, Pinggan mangkuk |