Chuchu, Jaludin (2003) Dialek Melayu Brunei dalam salasilah Bahasa Melayu Purba / Jaludin Chuchu. Penerbit UKM, Bangi. ISBN 967-942-607-6
Chuchu, Jaludin (2003) Dialek Melayu Brunei dalam salasilah Bahasa Melayu Purba / Jaludin Chuchu. Penerbit UKM, Bangi. ISBN 967-942-607-6
Chuchu, Jaludin (2003) Dialek Melayu Brunei dalam salasilah Bahasa Melayu Purba / Jaludin Chuchu. Penerbit UKM, Bangi. ISBN 967-942-607-6
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ini mengkaji hubungan dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Borneo dan mengklasifikasikannya dalam rumpun bahasa Melayu Purba (BMP). Dialek Melayu Brunei (DMB) yang dikaji ialah dialek Sambas di Kalimantan Barat (DMS), dialek Berau di Kalimantan Timur (DBR) dan varian dialek Melayu di Teluk Brunei (DMTB). Kajian dilakukan berdasarkan pendekatan linguistik sejarah untuk menilai kedudukan DMB dalam salasilah BMP. Data disaring dan dibandingkan berdasarkan pendekatan linguistik struktural, iaitu membanding daripada sudut fonologi. Data yang disaring adalah inventori vokal dan konsonan, perbandingan vokal, diftong dan konsonan BMP dengan varian DMTB, DMS dan DBR. Selain itu turut dibincangkan ialah hubungan khusus yang dimiliki bersama dialek Melayu Brunei berdasarkan inovasi leksikal dan juga persamaan leksikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa BMP telah menurunkan bahasa Melayu Borneo yang kemudiannya berpecah pula menjadi dua rangkaian, iaitu bahasa Borneo Barat dan bahasa Borneo Pesisir. Daripada bahasa Borneo Pesisir terpancar DMS dan bahasa Borneo Timur. Di bawah bahasa Borneo Utara dipancarkan varian DMTB dan Borneo Tenggara memancarkan DBR. Dari Brunei dialek Melayu tersebut diandaikan telah berpindah ke Bacan dan Berau.
Metadata
Sumber Maklumat: | Penerbit UKM |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Bahasa > Dialek Warisan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 08:25 |
Kata Kunci: | Dialek Melayu, Bahasa Melayu |