Yusof, Hanita (2018) Identiti ukiran kayu bagi rumah limas Johor / Hanita Yusof. Doctoral thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Yusof, Hanita (2018) Identiti ukiran kayu bagi rumah limas Johor / Hanita Yusof. Doctoral thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Yusof, Hanita (2018) Identiti ukiran kayu bagi rumah limas Johor / Hanita Yusof. Doctoral thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Setiap negara, kumpulan etnik atau budaya mempunyai warisan tradisi tersendiri, termasuk Malaysia dengan variasi budaya antara negeri-negeri yang berlainan yang membentuk semenanjung Barat dan Timur. Ukiran kayu merupakan salah satu warisan tradisi yang boleh menonjolkan identiti senibina sesebuah negeri. Walau bagaimanapun, amalan semasa pemilihan reka bentuk dan motif yang bukan milik tempatan menimbulkan ancaman kepada identiti asal dan nilai warisan asal. Jika amalan sedemikian berterusan dan identiti warisan tempatan tidak dikenal pasti dan direkodkan, reka bentuk tradisional dan motif tempatan yang ditinggalkan oleh nenek moyang tempatan akhirnya akan hilang. Contohnya ialah ukiran kayu Johor. Pada masa ini, tiada usaha telah dibuat untuk mengkaji semula, menganalisis dan mengenal pasti identiti ukiran kayu Johor. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peletakan ukiran kayu, mendapatkan tipologi komposisi reka bentuk dan motif ukiran kayu yang membentuk identiti rumah limas Johor. Kajian lawatan tapak telah dijalankan terhadap 110 buah rumah tradisional Melayu Johor dan kajian kes ini hanya menumpukan pada 50 buah rumah limas Johor untuk mendapatkan data terperinci, mengambil gambar dan menganalisis ukiran kayu. Temubual juga dijalankan dengan pemilik rumah atau penghuni serta pengukir kayu. Sampel dianalisis menggunakan kaedah Kod ‘S’ dan statistik serta peratusan diperoleh melalui perisian Excel dan NVivo serta perbincangan dengan pakar untuk mendapatkan pengesahan. Dapatan ini menunjukkan terdapat 10 peletakan ukiran kayu dengan peratusan peletakan tertinggi iaitu jerejak tingkap, kepala tingkap dan kepala pintu. 40 tipologi komposisi reka bentuk ukiran kayu dihasilkan dan dikodkan. Motif flora didapati menguasai peratusan dengan motif labu yang paling banyak digunakan. Hasil kajian ini merumuskan bahawa peletakan ukiran kayu jerejak tingkap dan kepala tingkap di anjung dengan gabungan tipologi JT2-P5 + KT7 bersama motif labu maya dengan menggunakan teknik tebuk tembus tanpa timbul tanpa silat diangkat sebagai identiti ukiran kayu bagi rumah limas Johor. Kajian menyumbangkan tiga istilah iaitu ‘rapat bertaut’, ‘labu maya’ dan ‘flora disinari mentari ufuk’ dan tiga terma bagi penambahan terhadap Kod 'S' iaitu ‘daun lebar’, ‘pucuk tajam’ dan ‘daun jambul’ di bawah Kod 'H'. Kajian ini diharapkan dapat membantu masyarakat mengenali seni ukiran kayu Johor dan memiliki identiti uniknya sendiri yang dapat diteruskan kesinambungannya bagi generasi akan datang serta panduan berharga bagi pengukir Johor.
Metadata
Sumber Maklumat: | UTM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Kesenian > Seni Ukir Warisan Melayu > Kesenian > Senibina Ketamadunan Melayu > Warisan |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 15 Jul 2021 00:07 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Ukiran kayu, Seni bina Melayu, Johor, Rumah limas |