Kamarulzaman, Norazila (2019) Pengaruh suku kaum Jawa dan Bugis dalam membentuk kepelbagaian seni bina Johor / Norazila Kamarulzaman. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Kamarulzaman, Norazila (2019) Pengaruh suku kaum Jawa dan Bugis dalam membentuk kepelbagaian seni bina Johor / Norazila Kamarulzaman. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Kamarulzaman, Norazila (2019) Pengaruh suku kaum Jawa dan Bugis dalam membentuk kepelbagaian seni bina Johor / Norazila Kamarulzaman. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Johor adalah negeri yang terletak di bahagian selatan Kepulauan Melayu. Johor terkenal sebagai negeri yang menerima kedatangan pelbagai pengaruh luar bermula dari awal pembentukannya pada tahun 1528, selepas dari kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511. Kemajuan ekonomi dalam perdagangan, kesuburan tanah serta kebijaksanaan pemerintah menjadi faktor penarik kepada masyarakat luar yang dating membuat penempatan di Johor. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pengaruh masyarakat luar yang datang meneroka dalam membentuk karektor senibina warisan Johor. Terdapat tiga objektif utama kajian ini iaitu untuk mengenalpasti kawasan penempatan masyarakat yang datang meneroka di Johor mengkaji suku kaum yang paling kuat membentuk karektor senibina tradisional di Johor, dan menentukan pengaruh masyarakat tersebut terhadap rekabentuk dan gayarupa senibina tradisional Johor. Metodologi yang digunakan adalah melalui kajian kualitatif. Pengumpulan data dijalankan berdasarkan sumber primer iaitu dari kajian lapangan terhadap rumah-rumah yang dijadikan kajian kes, dan sumber sekunder berdasarkan penelitian terhadap kajian lukisan terukur yang telah dijalankan oleh Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia serta kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan topik kajian ini. Analisis kajian adalah terhadap senibina rumah tradisional suku kaum tersebut yang terletak di daerah yang mempunyai taburan penduduk mengikut suku kaum teramai. Hasil kajian menemukan taburan petempatan rumah tradisional Johor tertumpu di daerah Muar, Batu Pahat,Pontian dan Kota Tinggi. Suku kaum yang mendominasi daerah-daerah tersebut pula terdiri daripada masyarakat Bugis, Jawa, Banjar, Melayu, Melayu Minangkabau, dan Melayu Melaka manakala senibina rumah tradisional Bugis dari Kepulauan Sulawesi pula lebih banyak mempengaruhi senibina rumah tradisional di Johor. Penyelidikan ini telah merungkai pengaruh masyarakat Bugis terhadap senibina rumah tradisional Johor. Pemahaman ini adalah amat penting demi mengekalkan identiti rumah tradisional Johor.
Metadata
Sumber Maklumat: | UTM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Sembilan Sultan dan Raja-Raja Melayu > Johor Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Bugis |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 15 Jul 2021 00:05 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Malay Archipelago, Johor, Traditional Johor architecture, Jawa, Bugis, Senibina |