Ahmad @ Taufik, Fadhlina (2016) Gaya rupa dan peletakan ornamen senibina pada rumah tradisional bumbung panjang, Melaka / Fadhlina Ahmad @ Taufik. Doctoral thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad @ Taufik, Fadhlina (2016) Gaya rupa dan peletakan ornamen senibina pada rumah tradisional bumbung panjang, Melaka / Fadhlina Ahmad @ Taufik. Doctoral thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad @ Taufik, Fadhlina (2016) Gaya rupa dan peletakan ornamen senibina pada rumah tradisional bumbung panjang, Melaka / Fadhlina Ahmad @ Taufik. Doctoral thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kehilangan tukang rumah dan pengukir tradisional, serta kurangnya kesedaran mengenai nilai ornamen, rujukan senibina dan dokumentasi telah menyebabkan kekeliruan dalam pemahaman mengenai warisan senibina tempatan. Keadaan ini menyebabkan hilangnya identiti tempatan, yang akhirnya akan lenyap ditelan arus kemodenan. Atas nama pemeliharaan, kajian ini mengenalpasti peletakan ornamen, menganalisa gaya rupa dan olahan ornamen pada rumah bumbung panjang Melaka, serta mencadangkan ragam kedaerahan di setiap daerah sebagai identiti rumah-rumah tradisional Melaka. Kajian bertumpu kepada semua rumah bumbung panjang Melaka, berusia lebih 50 tahun yang mempunyai banyak elemen ornamen yang masih boleh dikenalpasti. Kaedah penerokaan dan penerangan digunakan melalui pemerhatian terhadap rumah-rumah tersebut sebagai sumber data. Data juga diperolehi daripada borang inventori, kajian lapangan dan temuramah. Sejumlah 32 buah rumah daripada 105 buah rumah yang dikenalpasti melalui tinjauan inventori dipilih sebagai rumah kajian. Penemuan mendapati bahawa ornamen utama yang ditemui pada bahagian ‘kepala’ rumah bumbung panjang Melaka terdiri daripada tebar layar, papan layang, papan tumpu kasau dan kasau lentik. Sebaliknya, elemen utama pada bahagian ‘badan’ rumah ditemui pada papan dinding luar pada tampak hadapan dan papan dinding pada tampak sisi bertangga, pintu hadapan, tingkap labuh dan tingkap singkat. Pada bahagian ‘kaki’ rumah, ornamen didapati pada anak tangga dan pemegang tangga. Terdapat pelbagai gaya rupa dan olahan sifat ornamen yang dominan merentasi daerah-daerah di Melaka. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya ragam kedaerahan pada rumah-rumah di ketiga-tiga daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah dari segi rupabentuk fizikal dan gaya rupa ornamennya. Kajian ini menyumbang kepada suatu penemuan penting dari sudut keilmuan dalam bidang warisan budaya, seterusnya membentuk rangka pemikiran yang membantu dalam pembentukan garis panduan senibina beridentitikan tempatan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UTM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 15 Jul 2021 00:04 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Senibina; Rumah tradisional, Bumbung, Melaka |