Ismail, Norulzaila and Yusuff, Nur Azuki and Che Daud, Burhan (2019) Melestarikan elemen Melayu Islam dalam fesyen pakaian masyarakat Melayu / Norulzaila Ismail, Nur Azuki Yusuff dan Burhan Che Daud. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanitie, 2 (1). pp. 74-84. ISSN 2637-0360

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Dinamisme pakaian masyarakat Melayu telah melalui era perubahan yang pelbagai dan wujud pengaruh luar seperti barat dan Korea dalam gaya pemakaian tersebut yang dilihat bertentangan dengan perspektif tuntutan Agama Islam dan identiti Melayu. Objektif kajian ini dijalankan bagi melestarikan dan mencadangkan elemen-elemen Melayu Islam dalam amalan pemakaian. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan. Antara elemen yang dilestarikan ialah elemen nilai dan prinsip, bentuk, gaya, hiasan, jenis pakaian, struktur dan fabrik. Cadangan untuk melestarikan elemen Melayu Islam dalam pemakaian iaitu pereka fesyen harus mendalami dan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan batasan, konsep aurat dan syariat-syariat mengikut agama Islam. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan fesyen muslimah dengan mengekalkan elemen Melayu Islam dalam rekaannya. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) harus mengkaji semula langkah yang terbaik untuk memartabatkan cara pemakaian masyarakat Melayu dengan mewujudkan satu industri yang khusus untuk menghasilkan pakaian yang menepati ciri-ciri Melayu dan Islam dalam rekaanya.
Metadata
Sumber Maklumat: | UMK Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Busana Tradisional Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Jul 2021 23:59 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pakaian, Masyarakat, Melayu, Islam, Lestari, Elemen |