Arshad, Mohd Zaihidee (2009) Kraf buluh Kampung Jal Kechil: simbolisme minda dan watak dalam sosiobudaya Melayu / Mohd Zaihidee Arshad. Doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Keselarasan hubungan antara manusia dengan persekitaran telah menimbulkan reaksi untuk memakmurkan alam dengan pembangunan pemikiran dan tindakan yang seimbang. Pendekatan interdisiplin yang merangkumi pendekatan psikologi, sosiologi, antropologi dan sejarah digunakan untuk melihat pemikiran dan tingkah laku manusia. Pendekatan psikologi bertujuan bagi menilai pilihan dan kehendak. Pendekatan sosiologi menghurai pelbagai corak dalam organisasi sosial. Pendekatan antropologi pula dikaitkan dengan adat dan kepercayaan untuk memenuhi keperluan hidup yang disandarkan kepada alam sekeliling tempat tinggal, sementara pendekatan sejarah melihat perkembangan itu mempunyai perkaitan dengan masa lampau. Pengalaman, peraturan dan logik, bersesuaian pilihan dan ekspresi menjadi dimensi dalam perkembangan kraf buluh masyarakat Melayu Kampung Jal Kechil. Simbol konstitutif, simbol moral, simbol ekspresif dan simbol kognitif yang wujud ditafsir berpandukan kerangka teori kajian yang dibina iaitu Teori Seni Langer dan Teori Sosial Parsons. Konsep keseimbangan, lingkungan, penerokaan dan komunikasi dalam kraf dijelaskan dalam teori tersebut. Nilai dan makna yang terbentuk diterjemahkan bagi menyelesaikan persoalan kehidupan yang ada hubungannya dengan alam dan masyarakat setempat. Kesannya kraf buluh yang wujud menjelaskan minda dan watak Melayu dalam sosiobudaya Kampung Jal Kechil.
Metadata
Sumber Maklumat: | USM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Kesenian > Seni Kraftangan Ekonomi Melayu > Sosio Ekonomi |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Jul 2021 23:57 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Kraf buluh, Sosiobudaya Melayu, Universiti Sains Malaysia |