Fadzil, Firdaus Al-Siddiq (2010) Rekonstruksi rupa bentuk seni bina kota pemerintahan Melayu lama daerah Perak Tengah / Firdaus Al-Siddiq Fadzil. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Banyak dapat didengar tentang Kota Pemerintahan Melayu Lama (KPML) dan banyak lagi fragmennya dapat ditemukan. Walau bagaimanapun rekabentuk keseluruhannya tidak semudah itu dapat digambarkan dengan jelas. Dihipotesiskan, dikeranakan satu pegangan Bangsa Melayu ini kepada Sang Maha Pencipta, bahawa model yang digunapakai untuk membangun KPML ini adalah serupa, kalau tidak pun sama. Dikumpulkan pertamanya, fragmen-fragmen KPML dari pelbagai sumber, khususnya dari galian teks sastera lama, imej-imej dari dokumen dan keterangan terdahulu serta lisan hasil temubual formal dan informal dengan penduduk setempat. Untuk merekonstruksi KPML ini diajukan satu paradigma yang dipanggil Model Agama Samawi (MAS) sebagai alternative Triple Bottom Line hari ini, juga mengandungi tiga elemen asas, Panduan, Orang dan Tempat. Dari model ini, seni bina, sustainability (keberterusanan) dan KPML didefinisi semula. Hasil analisis teks, imej dan lisan kemudiannya dikategorikan dalam rangka MAS, mengupayakan penjanaan bentuk KPML yang ditemukan wajib mengandungi lima elemen asas. Dari dua kajian kes menggunakan lima elemen asas ini, satu templet dihasilkan, Templet KPML yang boleh digunapakai untuk menentukan rupabentuk KPML di manamana tapak bersejarah lain, khususnya di Nusantara.
Metadata
Sumber Maklumat: | USM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Jul 2021 23:57 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Rekonstruksi, Seni bina, Daerah Perak Tengah, Universiti Sains Malaysia |