Mohd. Noor, Nurul Izza (2016) Perkembangan gaya rupa mukaan senibina Masjid Bandar dan Masjid Jajahan di Kelantan Darul Naim / Nurul Izza Mohd. Noor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Noor, Nurul Izza (2016) Perkembangan gaya rupa mukaan senibina Masjid Bandar dan Masjid Jajahan di Kelantan Darul Naim / Nurul Izza Mohd. Noor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Noor, Nurul Izza (2016) Perkembangan gaya rupa mukaan senibina Masjid Bandar dan Masjid Jajahan di Kelantan Darul Naim / Nurul Izza Mohd. Noor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Senibina masjid di Malaysia telah melalui pelbagai gaya pembinaan sejak dari era sebelum kemerdekaan sehingga selepas kemerdekaan. Antara masjid terawal ialah Masjid Kampung Laut yang merupakan masjid tertua di Mal aysia dan terletak di negeri Kelantan. Masjid ini dibina pada abad ke 16 iaitu sebelum era kemerdekaan dan dikategorikan sebagai masjid tradisional. Perkembangan senibina masjid di Kelantan bagaimanapun tidak dapat dikenalpasti kerana tiada kajian yang menyeluruh dijalankan terhadap masjid-masjid di negeri tersebut. Oleh yang demikian, matlamat kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti perkembangan senibina masjid-masjid di Kelantan dari segi gaya rupa mukaan. Terdapat empat objektif kajian iaitu untuk mengklasifikasikan gaya rupa senibina masjid di Kelantan mengikut tahun pembinaan; mengkaji komposisi elemen mukaan; mengenalpasti komponen mukaan dan mengkaji perubahan terhadap mukaan masjid kajian sejak awal pembinaan hingga kini. Metodologi kajian kualitatif yang digunakan bagi kajian ini adalah berdasarkan kajian sejarah dan kajian kes 15 buah masjid di Kelantan. Pengumpulan data bagi 15 buah Masjid Bandar dan Masjid Jajahan ini melibatkan empat kaedah iaitu dokumentasi, pemerhatian, imej fotografi dan temubual. Analisis kajian dijalankan ke atas klasifikasi gaya rupa, komposisi elemen, komponen mukaan dan perubahan mukaan masjid. Hasil kajian menemukan empat perkembangan gaya rupa masjid melalui tahun pembinaan iaitu Masjid Tradisional (1850-1890an), Masjid Kolonial (1900-1940an), Masjid Moden (1950-1970an) dan Masjid Pasca Moden (1980-2000an). Setiap komposisi gaya rupa mukaan masjid telah mengalami perubahan dari segi simetri, hierarki, pengulangan dan irama. Manakala elemen pada zon melintang; ruang pada zon menegak dan mukaan dari masjid asal turut mengalami perubahan. Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan senibina mukaan masjid di Kelantan adalah dari segi tahun pembinaan masjid; pendekatan senibina luar; kemajuan bahan dan teknologi; pertambahan kapasiti jemaah dan rekabentuk yang diselia oleh organisasi dan individu tertentu. Penyelidikan ini diharap dapat dijadikan sebagai rujukan terhadap perkembangan senibina masjid di Kelantan melalui garis masa yang dilakukan. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu arkitek mahupun pereka dalam menentukan gaya rupa rekabentuk masjid yang dibina sejak dari awal rekaan, pembinaan dan sehingga selepas proses pengubahsuaian dilakukan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UTM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Jul 2021 23:55 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Senibina, Masjid, Kelantan |