Jusoh, Mini Walek @ Khairil Khalid (2016) Ekonomi pertanian orang Melayu di Terengganu,1956-1990: dasar, pelaksanaan, dan kesan / Mini Walek @ Khairil Khalid Jusoh. Doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Rancangan Malaysia Lima Tahun dari Rancangan Malaya Pertama hingga Rancangan Malaysia Kelima (1956-1990), merupakan pemangkin utama dalam meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu di Terengganu. Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini mengkaji dan meneliti dasar, pelaksanaan, serta kesan ekonomi pertanian ke atas orang Melayu di Terengganu semasa penjajahan British dan pendudukan Jepun di negeri Terengganu sebelum tahun 1956. Selain itu, penyelidikan ini juga menganalisis pelaksanaan dasar-dasar tersebut dalam tempoh Rancangan Malaya Pertama hingga Rancangan Malaysia Kelima (1956-1990) serta mengukur pencapaian pelaksanaan dasar membasmi kemiskinan di Terengganu sepanjang tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Maklumat dan statistik daripada sumber pertama dan kedua, termasuk pelbagai laporan dan dokumen kerajaan, temu bual serta sumber-sumber lain digunakan untuk membuktikan dapatan penyelidikan ini. Penyelidikan ini mendapati bahawa pelaksanaan dasar-dasar ekonomi pertanian oleh agensi-agensi kerajaan dan dasar pembasmian kemiskinan ke atas orang Melayu di Terengganu tidak mencapai matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan. Banyak kelemahan yang dikenal pasti termasuk kelemahan dasar, agensi pelaksana dan sikap petani, penternak serta nelayan itu sendiri yang membawa kegagalan dalam mencapai matlamat tersebut. Namun begitu, pelaksanaannya dapat meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan orang Melayu di Terengganu sehingga tahun 1990.
Metadata
Sumber Maklumat: | USM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Teknologi dan Pertanian Ketamadunan Melayu > Warisan |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 13 Jul 2021 23:29 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pertanian, Melayu, Terengganu, Malaysia |