Othman, Hasanuddin (2017) Representasi imej pelancongan berasaskan warisan diraja di Bandar Kuala Kangsar, Perak dari perspektif pengurusan lestari pelancongan / Hasanuddin Othman. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Representasi imej dalam antropologi pelancongan merupakan satu aspek penting untuk dikaji kerana imej pelancongan yang dipersembahkan itu dapat memberitahu kepada pelancong tentang makna dan simbolik imej itu terhadap nilai institusi tersebut yang seterusnya mengukuhkan bentuk pelancongan itu. Keunikan warisan diraja ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible) sering menjadi tumpuan pelancong dan dianggap sebagai satu bentuk pelancongan yang boleh dikembangkan. Representasi imej yang baik membuktikan bahawa institusi beraja masih lagi relevan dalam mencerminkan imej Malaysia sebagai antara negara beraja di dunia yang menjadi perhatian pelancong. Kajian ini akan mengenalpasti produk-produk pelancongan berasaskan warisan diraja yang terdapat di Bandar Diraja Kuala Kangsar dan mendokumentasi persepsi pegawai dan para pelancong terhadap imej-imej yang ditonjolkan dalam pelancongan berasaskan warisan diraja itu. Bagi mencapai objektif tersebut, data kualitatif dikumpul menggunakan kaedah temubual mendalam yang melibatkan 20 orang informan yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran dalam perancangan pembangunan pelancongan di bandar tersebut dan 30 orang pelancong yang ditemubual bagi mendapatkan persepsi mereka. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelancongan berasaskan warisan diraja dapat mengukuhkan institusi Kesultanan Perak dengan menekankan kepada persembahan imej yang pelbagai dan unik yang tiada pada institusi lain.
Metadata
Sumber Maklumat: | USM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 13 Jul 2021 23:26 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pelancongan, Warisan Diraja, Perak-Malaysia |