Samani, Aini Khairiah (2018) Pengetahuan kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu di Mukim Sri Medan, Batu Pahat, Johor / Aini Khairiah Samani. Doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia.
Samani, Aini Khairiah (2018) Pengetahuan kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu di Mukim Sri Medan, Batu Pahat, Johor / Aini Khairiah Samani. Doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia.
Samani, Aini Khairiah (2018) Pengetahuan kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu di Mukim Sri Medan, Batu Pahat, Johor / Aini Khairiah Samani. Doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pengetahuan Kemiskinan merupakan satu pendekatan dalam memahami punca-punca kemiskinan dengan lebih tepat dari perspektif golongan miskin, iaitu tahap pendidikan rendah, tahap pendapatan rendah dan tahap pemilikan harta yang rendah. Tanpa disedari, golongan miskin telah mewujudkan budaya kemiskinan sebagai respon terhadap kemiskinan yang mereka alami. Budaya kemiskinan adalah suatu keadaan gaya hidup yang dikaitkan dengan sikap-sikap negatif seperti malas berusaha, kurang bermotivasi, tidak berkeyakinan, cepat berputus asa dan berserah kepada takdir yang menyebabkan seseorang atau sekumpulan orang kekal hidup dalam kemiskinan. Masyarakat Melayu dikaitkan dengan golongan yang mempunyai sikap negatif sehingga menjadi punca berlakunya kemiskinan. Di Malaysia, kaum Melayu mencatatkan peratusan kemiskinan paling tinggi berbanding kaum lain. Dari tahun 1970 hingga kini, peratusan kemiskinan kaum Melayu mencatatkan 0.8 peratus berbanding kaum Cina dan India, masing-masing 0.1 peratus dan 0.6 peratus. Sikap malas berusaha dianggap punca masyarakat Melayu hidup dalam kemiskinan. Objektif kajian ini adalah i) untuk meneroka punca-punca kemiskinan dalam masyarakat Melayu di Mukim Sri Medan, ii) untuk mengkaji peluang yang ada di sekitar Mukim Sri Medan yang boleh dimanfaatkan oleh golongan miskin dan iii) untuk menganalisis faktor utama yang menyebabkan yang menyebabkan berlakunya kemiskinan dari perspektif golongan miskin. Kajian soal selidik telah dijalankan ke atas 313 responden ketua isi rumah Melayu miskin yang diperoleh menerusi Sistem e-Kasih di Mukim Sri Medan. Daripada angka ini, seramai 30 responden telah dipilih untuk dijalankan sesi temu bual mendalam. Maklumat yang dikumpul menggunakan borang soal selidik telah dianalisis menggunakan Statistical Packages of Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan data dalam bentuk frekuensi, min dan min skor. Analisis Faktor dijalankan ke atas 62 item faktor kemiskinan bagi mengenal pasti faktor utama yang mewujudkan budaya kemiskinan di Mukim Sri Medan. Hasil analisis telah berjaya membentuk tiga faktor utama yang memujudkan budaya kemiskinan di Mukim Sri Medan, iaitu i) Faktor Kemajuan, ii) Faktor Sikap dan iii) Faktor Bantuan. Nilai min skor menunjukkan faktor paling dominan yang menyebabkan mereka hidup dalam kemiskinan adalah Faktor Sikap iaitu 3.17.Namun, hasil analisis kualitatif menunjukkan faktor Ketidakupayaan seperti tahap pendidikan yang rendah, tahap kesihatan dan pemilikan harta yang rendah adalah punca utama mengapa responden kekal hidup dalam kemiskinan. Kajian ini telah membuka satu ruang untuk memahami kejadian kemiskinan dengan menonjolkan faktor Ketidakupayaan sebagai faktor utama kemiskinan di Mukim Sri Medan. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman tentang budaya kemiskinan, dan dengan itu strategi yang efektif boleh dicadangkan bagi mengurangkan kemiskinan.
Metadata
Sumber Maklumat: | USM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pemikiran Ekonomi Melayu Adat dan Budaya Melayu > Pemikiran Melayu |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 13 Jul 2021 23:25 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Kemiskinan, Batu Pahat, Johor-Malaysia |