Ling, Ho Hui (2003) Keadaan sosial di Tanah Melayu, 1948-1960 / Ho Hui Ling. Doctoral thesis, Universiti Malaya.
Ling, Ho Hui (2003) Keadaan sosial di Tanah Melayu, 1948-1960 / Ho Hui Ling. Doctoral thesis, Universiti Malaya.
Ling, Ho Hui (2003) Keadaan sosial di Tanah Melayu, 1948-1960 / Ho Hui Ling. Doctoral thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini bertujuan untuk melihat keadaan sosial di Tanah Melayu puda zaman darurat, iaitu di antara 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960. Penekanan diberi kepada pengaruh komunis dan darurat terhadap keadaan sosial di Tanah Melayu. Antara aspek sosial yang menjadi tumpuan perbincangan termasuk kehidupan penduduk, hubungan kaum, pendidikan dan kemudahan asas. Tesis ini terbahagi kepada tujuh bab. Bab pertama memperkenalkan perkembangan komunisme di Tanah Melayu sejak tahun 1920-an sehingga pemberontakan komunis dan pengisytiharan darurat. Selain itu, usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani keganasan komunis sepanjang tempoh darurat turut diberi perhatian. Bab kedua membincangkan bagaimana penduduk Tanah Melayu mengalami kehidupan yang tidak terjamin pada zaman darurat. Juga diperincikan tindakan ganas komunis terhadap penduduk berbilang kaum dan dari berbagai sektor ekonomi seperti industri getah dan bijih timah. Bab ketiga menerangkan kesusahan hidup yang dihadapi oleh penduduk Tanah Melayu akibat daripada tindakan kerajaan dalam menangani komunis. Antara tindakan kerajaan yang menjadi fokus kajian adalah pemusnahan kampung, pemindahan penduduk, perintah berkurung, arahan tutup kedai dan catuan makanan. Bab ini juga membincangkan keadaan penduduk di kawasan penempalan semula. Bab keempat berkisar kepada keadaan hubungan kaum di Tanah Melayu pada zaman darurat. Dua tema utama di sini ialah isu-isu yang meningkatkan perasaan perkauman di kalangan penduduk dan langkah untuk mengurangkan masalah tersebut. Masalah hubungan kaum itu kemudiannya membawa kepada penubuhan Communities Liaison ('ommittee (CLC), Maluyun Chinese Assocution (MCA) dan Perikatan UMNO- MCA-MIC. Bab kelima meneliti keadaan sekolah, pelajar dan dasar pendidikan pada zaman darurat Turut dibincangkan perkembangan pendidikan di Tanah Melayu ketika itu seperti dasar menyatupadukan semua kaum dan usaha untuk menimbulkan kesedaran tentang bahaya propeganda komunis. Bab keenam membincangkan kegiatan komunis mengganggu kemudahan asas pada zaman darurat. Antara kemudahan asas yang dibincangkan di sini ialah jalan keretapi, jalan raya, telefon dan telegraf, bekalan air paip. bekalan clektrik, sistem pengairan dan perparitan serta perkhidmatan kesihatan dan perubatan Bab terakhir menyimpulkan perbincangan dari bab-bab di atas.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial Warisan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 13 Jul 2021 21:59 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Sosial, Tanah Melayu, Zaman darurat |