Hassan, Norhanizar (2002) Konsep 'ilmu dalam peradaban Islam di 'alam Melayu / Norhanizar Hassan. Masters thesis, Universiti Malaya.
Hassan, Norhanizar (2002) Konsep 'ilmu dalam peradaban Islam di 'alam Melayu / Norhanizar Hassan. Masters thesis, Universiti Malaya.
Hassan, Norhanizar (2002) Konsep 'ilmu dalam peradaban Islam di 'alam Melayu / Norhanizar Hassan. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Disertasi ini membincangkan "Konsep 'ilmu dalam peradaban Islam di 'Alam Melayu". Ia mengandungi lima bab. Bab pertama memperkenalkan pendahuluan dengan menghuraikan pengertian tajuk dan permasalahannya, latar belakang permasalahan dari aspek agama, sosial, budaya, ekonomi, pendidikan, politik dan pemerintahan. Penulis menghuraikal'l kajian-kajian lalu yang pernah dibuat oleh ahli-ahli akademik sarjana, kepentingan kajian, objektif kajian, metodologi kajian yang digunakan olehnya iaitu metod pengumpulan data dan metod analisis data. Metod pengumpulan data yang digunakan oleh penulis terdiri daripada metod perpustakaan dan metod kajian lapangan yang berbentuk kajian arkeologi, temu bual, soal selidik dan pemerhatian sendiri. Manakala metod analisis data yang digunakan oleh penulis terdiri daripada metod induktif, deduktif dan perbandingan. Penulis juga menghuraikan skop dan batasan kajian, clan penyusunan bab-bab disertasi. Bab 2 pula membincangkan konsep 'ilmu dalam Islam dengan menghuraikan definisi 'ilmu, pandangan Islim terhadap "ilmu yang dapat dilihat dari perspektif al-Qur'an, Hadith Rasul Allah s.a.w. dan para cendekiawan Islam. Penulis juga menghuraikan beberapa kepentingan 'ilmu menurut Islam, proses pembelajaran 'ilmu secara formal dan informal, pembahagian 'ilmu menurut para intelektual klasik Islam dan menurut wahyu, sumber 'ilmu yang dapat diperolehi melalui deria, akal, intuisi, ilham dan wahyu. Manakala bab 3 membicarakan kelaruran 'ilmu berteraskan Islam di 'Alam Melayu dengan menghuraikan sejarah dan pusat-pusat utama peradaban 'ilmu Melayu lslam iaitu Perlak, Samudera Pasai, Giri, Banjarmasin, Melaka, Brunei, Aceh, Riau, Patani, Terengganu dan Kelantan. Dalam bah ini juga penulis menghuraikan pengaruhpengaruh perkembangan 'ilmu Melayu Islam dari aspek politik dan perundangan, sosial, ekonomi, pendidikan di istana dan rakyat, bahasa dan kesusasteraan Melayu, kesenian Melayu yang dapat dilihat dalam bentuk seni bina, seni kaligrafi, seni suara dan seni muzik. Penulis juga menghuraikan masalah-masalah dalam proses islamisasi 'ilmu di kalangan masyarakat Melayu Islam iaitu gejala sosiobudaya, tiada kesepaduan antara 'ilmu ceYular dan 'ilmu agama, dan faktor peredaran zaman. Bab 4 pula adalah kemuncak kepada kajian penulis yang membincangkan penghayatan 'ilmu Islam di 'Alam Melayu. Penulis menghuraikan penghayatan 'ilmu dalam masyarakat Melayu Islam seperti peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi pendidikan, perpustakaan dan kedai buku, media cetak dan elektronik, sektor kerajaan dan swasta. Penulis juga menghuraikan strategi untuk mengekalkan tradisi keilmuan Melayu Islam seperti peranan yang dimainkan oleh ibu bapa, kerjasama pihak kerajaan dan swasta, peranan ilmuwan agama dan sekular, pembangunan pendidikan manusia secara berterusan dan bersepadu, amalan da'wah, mujiihadah, muriiqabah, doii, mulasabah dan tawakkal. Seterusnya dalam bab ini juga, penulis menghuraikan tokohtokoh intelektual Melayu lslam kontemporari seperti Deliar Noer, Nurcholish Madjid, Azyumardi Azra, Syed Mu.l;iammad Naquib aJ-Anas, Mrnmad Kamal Hassan dan Mut,tammad 'Uthman EI-MuJiammady. Bab 5 merupakan bab terakhir yang membincangkan penutup. Penulis membuat rumusan ke atas pil kajian yang telah dijalankan, di samping mengetengahkan beberapa saranan yang positif dan menarik kepada pembaca, dan akhir sekaJi penulis membuat kesimpulan keseluruhan disertasi ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Dasar Khas Pendidikan Melayu > Sejarah Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 13 Jul 2021 21:56 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Ilmu, Peradaban Islam, Melayu |