Ahmat, Zaleha (2000) Falsafah etika masyarakat Melayu tradisional: satu kajian berdasarkan pantun Melayu / Zaleha Ahmat. Masters thesis, Universiti Malaya.
Ahmat, Zaleha (2000) Falsafah etika masyarakat Melayu tradisional: satu kajian berdasarkan pantun Melayu / Zaleha Ahmat. Masters thesis, Universiti Malaya.
Ahmat, Zaleha (2000) Falsafah etika masyarakat Melayu tradisional: satu kajian berdasarkan pantun Melayu / Zaleha Ahmat. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Disertasi in menampilkan satu percubaan menganalisis sistem tingkahlaku manusia Melayu tradisional. Ia bukanlah catatan penyenaraian tentang sifat dan sikap manusia Melayu. Kajian ini lebih memberi tumpuan kepada pencarian kewujudan dan kesedaran dalam tingkahlaku menurut disiplin falsafah. Pengkaji cuba menemukan sistem falsafah etika manusia Melayu yang sejati, unggul dan asli dengan gagasan budi yang sangat signifikan dalam peradaban manusia Melayu. Budi bermaksud satu proses jiwa yang lahir bersama-sama penyeduhan atau tapisan kesedaran diri (self conciousness) dalam melakukan pilihan-pilihan dalam tindakan dengan unsur harmoni bagi menuju kebenaran, menurut pandangan diri dan norma masyarakat. Kajian ini juga cuba mengembalikan makna konsep budi menurut sumber kata akarnya (Sanskrit) yang dizahirkan dari sistem dualisme falsafah Hindu (purusha dan prakrit). Pengaruh Islam yang mendominasi manusia Melayu kemudiannya turut memberi pengaruh dan kesan yang mendalam kepada budi. Ia membuka pintu kesedaran bagi asas tunjang keimanan, keihsanan, dan fitrah diri sebagai ciptaan Allah SWT. Dengan kesedaran sejati terhadap konsep kesederhanaan dan redha, falsafah etika bersandarkan konsep budi membawa manusia Melayu mencapai keunggulan dan kesempurnaannya dalam peradaban pekerti Melayu. Sumber yang dianalisis untuk melihat cetusan rangkaian idea dan kelangsungan aksi manusia Melayu dengan orientasi budi ini ialah pantun Melayu. Puisi kecil ini dianggap sebagai teks paling asli (original hasil karya manusia Melayu dan sangat banyak mencatatkan tentang persoalan budi. Pantun mendokumentasikan alam diri manusia Melayu serta mempamerkan sistem falsafah etika manusia Melayu tradisional yang sejati, berseni walaupun dalam nada spontan dan bersahaja.Pantun mencerminkan peribadi Melayu jati dengan gambaran dan imej-imej segala entiti-entiti yang berhubungan dengan kehidupan manusianya. Di dalam pantun, dapatlah dibaca dan disaksikan seluruh diri dan worldview Melayu yang terpancar dalam akalbudi dan hatibudi manusianya.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial Warisan Melayu > Kesusasteraan > Puisi > Pantun |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 13 Jul 2021 21:41 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pantun, Malay, History and criticism, Malays, Social life, Customs |