Ahmad, Mohammad Nazzri (2000) Pemikiran Melayu dalam seni ukiran kayu: tumpuan kepada tiga generasi pengukir / Mohammad Nazzri Ahmad. Masters thesis, Universiti Malaya.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Sesungguhnya kegemilangan dan keunggulan bangsa Melayu sedikit sebanyak dapat dilihat daripada warisan keseniannya. Kajian ini cuba membincangkan seni ukiran kayu sebagai salah satu warisan budaya yang boleh mencerminkan pemikiran dan seterusnya cara hidup bangsa Melayu itu sendiri. Bagi tujuan tersebut tiga orang pengukir terkenal tanahair telah dipilih sebagai asas untuk melihat dan mengkaji bentuk pemikiran yang ada pada diri mereka seterusnya apa juga yang terkandung di dalam hasil karya mereka Selain daripada pemikiran mereka perkara-perkara seperti sejarah peribadi dan teknik- teknik ukiran turut disentuh. Tumpuan utama kajian ini ingin melihat perbezaan pemikiran yang terdapat pada diri mereka kesan dari perubahan yang berlaku kepada masyarakat Melayu khasnya apabila menerima Islam sebagai pegangan hidup selepas pengaruh Hindu-Buddha dan animisme. Kajian ini cuba mendekati jiwa para seniman yang menghasilkan sesebuah karya. Ia juga cuba menjawab persoalan iaitu pertamanya, adakah falsafah dan pemikiran yang terkandung di dalam hasil kesenian Melayu sengaja diciptakan bagi tujuan keindahan iaitu selepas sesuatu karya itu terhasil. Keduanya pula, adakah pemikiran dan falsafah tersebut telah ada di dalam jiwa orang Melayu dan kemudiannya disampaikan melalui karya mereka. Setiap pandangan dan pemikiran tokoh yang dikaji mengandungi kelebihannya tersendiri untuk difikirkan bersama.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Kesenian > Seni Ukir |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 13 Jul 2021 21:41 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Wood, Carving, Malaysia, Themes, Motives |