Ab. Rashid, Maziah (2005) Kaedah tradisional pembuatan tekstil dan pakaian Melayu kajian kes: pantai timur / Maziah Ab. Rashid. Masters thesis, Universiti Malaya.
Ab. Rashid, Maziah (2005) Kaedah tradisional pembuatan tekstil dan pakaian Melayu kajian kes: pantai timur / Maziah Ab. Rashid. Masters thesis, Universiti Malaya.
Ab. Rashid, Maziah (2005) Kaedah tradisional pembuatan tekstil dan pakaian Melayu kajian kes: pantai timur / Maziah Ab. Rashid. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Sejak beratus-ratus tahun, tekstil dan pakaian mempunyai tempat dan peranan istimewa dalam budaya Melayu. Berdasarkan dari catatan persuratan Melayu lama dan hasil kajian yang telah dibuat ke atas bahan-bahan etnografi, membuktikan berbagai variasi rupa bentuk tekstil dan pakaian telah digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi. Di Tanah Melayu tekstil merupakan objek yang menjadi sebahagian dari peradaban hidup sebagai kain, ia dipakai untuk menutup badan, untuk menghias, kegunaan rumah tangga dan peralatan adat. Pantai Timur merupakan pusat tumpuan utama penghasilan tekstil tenunan Melayu disebabkan oleh faktor-faktor tertentu dan kehebatan tukang-tukang tenun di Pantai timur pada masa itu yang tiada tandingnya yang mampu mencipta berbagai rupa bentuk tekstil dan persaJinan sepertimana dihuraikan dalam disertasi ini. Berdasarkan hasil kajian, Tekstil dan pakaian Melayu telah dihasilkan melaJui berbagai kaedah tradisi dan diperlengkapkan lagi dengan kemahiran dan daya kreativiti tukang menyempumakannya. Kaedah pembuatannya dihuraikan daJam kajian ini dan diperincikan lagj bagj membuktikan terdapat berbagai faktor mempengaruhi rupa bentuk persalinan. Kesimpulan hasil penyelidikan mendapati bahawa kaedah tradisi adaJah berinspirasikan alam semulajadi dengan menggunakan sepenuhnya sumber-sumber asli yang disesuaikan dengan kaedah-kaedah yang diwarisi turun temurun. Sememangnya kaedah tradisi ini juga tidak mengetepikan konsep rekaan yang menghubungkan elemen-elemen rekaan, budaya dan peradaban Melayu dengan nilainilai falsafah yang tinggi yang berjaya menampilkan satu hasil seni yang berkualiti, berfungsi, anggun dan unik.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Busana Tradisional Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Malaysia |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 12 Jul 2021 10:24 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Tekstil, Tradisional, Pemakaian Melayu, Malaysia |