Ibrahim, Maniyamin (2009) Konteks sastera & budaya Melayu / Maniyamin Ibrahim. Karisma Pub., Shah Alam, Selangor. ISBN 9789831954140
Ibrahim, Maniyamin (2009) Konteks sastera & budaya Melayu / Maniyamin Ibrahim. Karisma Pub., Shah Alam, Selangor. ISBN 9789831954140
Ibrahim, Maniyamin (2009) Konteks sastera & budaya Melayu / Maniyamin Ibrahim. Karisma Pub., Shah Alam, Selangor. ISBN 9789831954140
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Pertama berkenaan perihal kesusasteraan. Usaha mengecilkan fungsi bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu, kehilangan cinta sejati kerana keterpesonaan individu terhadap modenisasi hingga tokohnya hilang jiwa dan kejatian diri, konsep seni Melayu yang semakin hilang pengamal dan khalayak, dan kehilangan moral dan keintelektualan dek pengisian kuasa, perut dan bawah perut turut terdapat dalam bahagian pertama selain memasukkan usaha generasi kedua dan ketiga pascamerdeka bangkit mencitrai diri sebagai pengarang beridealisme. Dalam Bahagian Kedua pula berkenaan perihal budaya. Konsep kejadian alam bagi orang Melayu yang dinafikan oleh sesetengah pihak, konsep individu dalam sosiobudaya Melayu yang semakin kecil peranannya, ciri-ciri rumah Melayu yang semakin sukar dicari, sistem nilai Melayu yang semakin bercelaru, keindahan seni Melayu yang kian terpadam, peranan penaung terhadap seni Melayu yang bertukar milik dan mengecil fungsi, dan konsep seni bina masjid yang semakin tidak diketahui oleh generasi terkandung dalam bahagian kedua ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOPAC Perpustakaan Tun Abdul Razak Shah Alam |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 08:21 |
Kata Kunci: | Sastera Melayu, Budaya Melayu |