Abror, Abd. Rachman (2003) Nilai-nilai Islam yang terkandung dalam pantun etnik Melayu di Pontianak / Abd. Rachman Abror. Doctoral thesis, Universiti Malaya.
Abror, Abd. Rachman (2003) Nilai-nilai Islam yang terkandung dalam pantun etnik Melayu di Pontianak / Abd. Rachman Abror. Doctoral thesis, Universiti Malaya.
Abror, Abd. Rachman (2003) Nilai-nilai Islam yang terkandung dalam pantun etnik Melayu di Pontianak / Abd. Rachman Abror. Doctoral thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pantun merupakan salah satu daripada dua genre puisi Melayu tradisional yang paling muktamad, dan kewujudannya tak dapat dipisahkan daripada kehidupan orang Melayu masa silam. Ia merupakan hasil kesusasteraan asli Melayu, yang lahir dan berkembang dalam masyarakat yang tidak terpelajar, bahkan buta huruf Penyampaian dan penyebarannya sejak dahulu hanya dilakukan dalam bentuk: lisan, namun ia dianggap penting dalam kehidupan orang Melayu, seperti bagi menyampaikan fikiran, perasaan, berhibur, memberi nasihat, pengajaran, dan berdakwah. Dengan perkataan lain, ia berfungsi sebagai alat berkomunikasi tidak langsung antara anggota masyarakat. Pantun telah lama menjadi bahan kajian daripada sarjana-sarjana tempatan dan luar negeri. Dari luar negeri, misalnya Hans Overbeck (1882-1942), seorang orientalist keturunan Jerman. Hasil kajiannya rnembuktikan bahawa pantun adalah "kekayaan satu - satunya orang - orang Melayu." Sedangkan dari tempatan, antaranya: Latihan ilmiah yang dilakukan di Fakulti Sains Fizik dan Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1987) berhasil mensenaraikan 192 jenis flora yang disebut dalam pantun. Kajian lain di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (1991), dengan judul "Perlambangan dalam Pantun Melayu. 11 Kaj ian tersebut menemukan pelbagai objek fauna dan flora yang diterapkan sebagai lambang dan citra yang indah dalam Pantun Melayu. Dua kaj ian berikutnya adalah Eka Henry ( 1998) di Pontianak (Indonesia), dan Fatimah binti Subet (1999) di Sarawak (Malaysia). Mereka mengkaji pantun dari segi fungsinya dalam masyarakat, iaitu pendidikan dan implikatur. Mereka mendapati bahawa ada nilai-nilai pendidikan dan sepuluh strategi implikatur dalam pantun. Kajian mi cuba mengkaji fungsi pantun daripada aspek Lain, iaitu agama (Islam). Selanjutnya, kajian tersebut berhasil merakam, menyajikan dan mendokumentasikan 1,185 pantun daripada lapan responden. Setelah melalui penyaringan, jumlahnya me□jf.1-di 815 pantun yang dapat digunakan untuk tujuan kajian. Analisis terhadap makna-makna yang tersurat dalam maksud pantun dilakukan dengan kaedah hermenetik. Analisis berkenaan dibatasi pada iman, ibadah ciao akhiak. Hasil analisis tersebut menunjukkan bahawa ad.a nilai-nilai Islam yang terkandung dalam pantun Etnilc Melayu Pontianak. Walaupun harus diakui bahawa penyampaian merek:a tida.klah secara sistematik dan amat terbatas jumlahnya. Penggubahan pantun-pantun tersebut adalah d.idorong oleh pernahaman dan penghayatan orang Melayu, khasnya ulama atas agama Islam. Selain daripada itu didorong puJa oleh semangat mereka untuk berdakwah. Kegiatan sebegini telah menjadi semacam cara bagi ulama Melayu masa silam untuk membantu mempermudah masyarakat dalam mengingat, memahami, menghayati dan mengamal.kan Islam dan sekaligus ikut memperk:aya konsep budi, sebagai suatu ukuran nilai yang tertinggi daripada masyarakat Melayu tradisional.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesusasteraan > Puisi > Pantun |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:21 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Malay poetry, Indonesia, Pontianak, Malay poetry, Islamic influences, Islamic poetry, Malay, Nilai Islam, Pantun, Etnik Melayu |