Mohamad., Khairul Azhar (2002) Kesenian Melayu tradisional di Terengganu : suatu kajian daripada perspektif Islam / Khairul Azhar Mohamad. Masters thesis, Universiti Malaya.
Mohamad., Khairul Azhar (2002) Kesenian Melayu tradisional di Terengganu : suatu kajian daripada perspektif Islam / Khairul Azhar Mohamad. Masters thesis, Universiti Malaya.
Mohamad., Khairul Azhar (2002) Kesenian Melayu tradisional di Terengganu : suatu kajian daripada perspektif Islam / Khairul Azhar Mohamad. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini berkisar kepada hiburan yang tcrdapat di dalam kcsenian masyarakal Melayu tradisional yang dikhususkan di Terengganu. Tiga jcnis hiburan yang dipilih bcrdasarkan kepada beberapa metode yang telah ditentukan iaitu 'Tarian Pulai', 'Ulit Mayang' dan 'Nobat': Jenis-jenis hiburan yang dipilih itu adalah mewakili bcntuk hiburan dan kesenian yang diamalkan oleh masyarakal Mclayu tradisional di Terengganu. Penulis rnenggunakan dua bentuk kajian di dalam mengumpul dan menyediakan data-data yang diperlukan iaitu kajian yang melibatkan buku-buku di perpustakaan dan kajian yang berbentuk pemerhatian (lapangan). Perbincangan kajian tertumpu kepada aspek-aspek yang menjadikan kesenian yang diamalkan itu sama ada bertepatan dan selaras dengan apa yang dikehendaki oleh agama ataupun sebaliknya. Pengaruh-pengaruh yang meresap ke dalam kehidupan seperti animisme, Hindu-Buddha dan Islam turut dibcntangkan kerana ianya adalah penyumbang kcpada nilai-nilai yang terdapat di dalam kescnian pada kctika itu. Kcsan-kcsan yang ditimbulkan juga turul dibincangkan kerana ianya mcmpunyai kaitan dcngan hukum bagi kesenian yang diamalkan itu. Kajian ini adalah pcnting kcrana ia dapat mcmbantu mengenal pasti kesenian yang diamalkan kini agar tidak menyeleweng dengan apa yang telah digariskan oleh agama. lni kerana kajian yang diperkuatkan dengan dalil-dalil yang bersumberkan kepada al-Quran, al-Hadis dan pendapat para ulama' ini menunjukkan bahawa sesetengah kesenian yang diamalkan pada masa lalu tidak bertepatan dengan apa yang dibenarkan oleh lunas-lunas agama. Saranan dan kesimpulan yang dimuatkan di dalam bab yang kelima merupakan penutup kepada kajian yang dilakukan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UMS udents Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Negeri Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:20 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Folk music, Malay,Terengganu, Folk dancing, Malay, Terengganu, Dance, Religious aspects, Islam, Kesenian Melayu, Tradisional, Perspektif Islam |