Mat Salleh, Mohd. Kamel (2004) Amalan tradisi selepas kematian masyarakat Melayu Negeri Sembilan : satu huraian hukum / Mohd. Kamel Mat Salleh. Masters thesis, Universiti Malaya.
Mat Salleh, Mohd. Kamel (2004) Amalan tradisi selepas kematian masyarakat Melayu Negeri Sembilan : satu huraian hukum / Mohd. Kamel Mat Salleh. Masters thesis, Universiti Malaya.
Mat Salleh, Mohd. Kamel (2004) Amalan tradisi selepas kematian masyarakat Melayu Negeri Sembilan : satu huraian hukum / Mohd. Kamel Mat Salleh. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Penyelidikan ini bertujuan untuk menjelaskan pandangan syarak terhadap beberapa amalan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan selepas berlakunya sesuatu kematian seperti majlis bacaan surah Yasin dan tahlil, kendun arwah, bacaan talqin, ziarah kubur dan sebagainya. Amalan-amalan tersebut sudah lama mendasari masyarakat Melayu schingga adakalanya bercampur aduk dengan amalan yang bercanggah mengikut pandangan agama. Apabila ia diwarisi dari satu generasi ke generasi, maka terjadilah amalan secara warisan. Lebih menambah kecelaruan apabila amalan tradisi tersebut dilakukan tanpa sandaran dalil yang kuat dan kukuh. Ini menyebabkan ada di antara masyarakat beramal tanpa mengetahui apakah hukum setiap amalan yang dilakukan itu. Kajian mendapati ada anggota masyarakat menyangka bahawa amalan mereka adalah berdasarkan hukum syarak sedangkan ia adalah satu adat kebiasaan sahaja. Ada juga yang berpendapat bahawa amalan mereka satu adat kebiasaan sedangkan ada nas syarak yang membenarkannya. Boleh jadi penjelasan hukum terhadap amalan selepas kematian tidak dijelaskan atau disebarkan secara mendalam dan meluas kepada masyarakat, atau mungkin kerana kurangnya buku dan penulisan berkaitan dengannya atau mungkin kerana masyarakat kurang mendalami ilmu agama dan hukum- hakam syarak. Ada di antara amalan selepas kematian dikategorikan sebagai adat, namun permasalahan berhubung dengannya banyak disentuh dan dibahas oleh para fuqaha dalam kitab mereka serta dinyatakan hukumnya. Ada juga amalan masyarakat yang diwarisi itu tiada sandaran hukum syarak dan wajar ditinggalkan. Ini menepati kaedah usul fekah yang menyatakan bahawa adat yang tidak bercanggah dengan syarak adalah dibenarkan dan amalan yang tiada kena mengena dengan sunnah nabi hendaklah ditinggalkan. Semoga kajian ini dapat membantu masyarakat supaya tidak terkeliru dalam mengenal pasti apakah hukum amalan yang mereka lakukan selama ini. Ia juga boleh dijadikan rujukan kepada para pembaca dalam kajian mereka yang mungkin ada kaitan dengan tajuk penyelidikan ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Negeri Adat dan Budaya Melayu > Kepercayaan Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:19 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Funeral rites and ceremonies, Islamic, Negeri Sembilan, Death, Religious aspects, Islam, Malays (Asian people), Social life and customs, Amalan tradisi, Kematian |