Awang Jambol, Dg Junaidah (2012) Sejarah masyarakat Melayu Brunei di kawasan Pantai Barat Borneo Utara (1881-1963) / Dg Junaidah Awang Jambol. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian sejarah masyarakat Melayu Brunei di kawasan Pantai Barat Borneo Utara (1881-1963) membincangkan mengenai status gelaran dan peranan masyarakat Melayu Brunei dalam aspek politik-pentadbiran, sosial dan ekonomi bermula dari zaman pemerintahan Kesultanan Brunei sehinggalah zaman kolonial British. Dalam penulisan kajian ini, aspek yang akan turut dihuraikan ialah perkembangan dan perubahan yang dialami oleh masyarakat Melayu Brunei sepanjang tahun 1881 sehinggalah tahun 1963. Tujuan utama kajian ini ialah untuk menjelaskan asal-usul masyarakat Melayu Brunei dan mengetahui perubahan serta pengekalan masyarakat ini selepas tamatnya pemerintahan Kesultanan Brunei. Pengambilalihan British North Borneo Charted Company (BNBCC) terhadap Borneo Utara bukan sahaja telah menamatkan penguasaan Kesultanan Brunei malah juga telah mewujudkan perubahan yang amat ketara dalam aspek politik-pentadbiran, sosial dan ekonomi. Perubahan dan pengekalan ketiga-tiga aspek inilah yang akan cuba dibahaskan dalam kajian inl bagi memahami dan mengetahui perubahan serta penghakisan kedudukan masyarakat Melayu Brunei di kawasan Pantai Barat Borneo Utara.
Metadata
Sumber Maklumat: | UMS Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Brunei Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Rumpun Melayu |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:19 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Melayu Brunei, Sejarah, Masyarakat Melayu, Borneo Utara |