Abdul Rahman, Mohd Amirullah (2005) Kerajaan Johor-Riau dalam sejarah peradaban Melayu / Mohd Amirullah Abdul Rahman. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abdul Rahman, Mohd Amirullah (2005) Kerajaan Johor-Riau dalam sejarah peradaban Melayu / Mohd Amirullah Abdul Rahman. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abdul Rahman, Mohd Amirullah (2005) Kerajaan Johor-Riau dalam sejarah peradaban Melayu / Mohd Amirullah Abdul Rahman. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pada umumnya penulis berminat untuk membuat kajian dan penyelidikan ke atas negeri Johor kerana sejarahnya yang panjang dalam lestarinya sejarah peradaban Melayu kontemporari. Secara keseluruhan disertasi ini membincangkan rentetan sejarah peradaban Melayu Johor terutamanya dari aspek pencapaian peradabannya terutama selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. Bab satu lebih kepada rentetan sejarah Johor dan peristiwa sejarah sultan-sultan yang pernah memegang tampok pemerintahan kerajaan Johor. Kerajaan Johor mulai terserlah terutama selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Bermula dari situlah terbentuknya kerajaan Johor (Riau-Lingga-Pahang). Raja Ali yang memaki gelaran Sultan Alauddin Riyat Shah II (1528-1564) dikatakan menjadi pengasas kepada kerajaan Johor. Sejarah Johor berkembang dengan beberapa sultan dan pembesar negeri silih berganti menerajui politik Johor. Sejarah Johor menarik apabila pengaruh Bugis mulai menguasi kerajaan dengan wujudnya jawatan Yang Dipertuan Muda (YDPM) yang menguasi kerajaan. Perjanjian London 1824 telah mengendurkan sejarah Johor. Pendudukan British di Singapura dengan dasar imperialisme dan kolonalisme telah menjadi saingan kepada Johor. Dekad-dekad setersusnya Johor te:rpaksa menerima domonasi kuasa British yang menamatkan keagungan kesultanan Melayu Johor, dan terbentuklah negeri Johor seperti hari ini. Bab dua pula berkisar kepada pembangunan politik dan diplamatik Johar. Justeru itu, aspek politik Johor ke atas negeri-negeri naungan turut dikaji. Struktur dan fungsi pembesar turut dipaparkan. Seperti mana Melaka, Johar juga mempunyai sistem perundangan dan pentadbiran yang sistematik selaras dengan bangsa yang dianggap berperadaban. Kewujudan karya Tuhfat al-Nafis sebagai salah satu teks penting melengkapkan lagi status bangsa Melayu sebagai bangsa berperadaban tinggi setaraf dengan peradaban China dan India. Bagi melengkapkan lagi kajian ini, penulis juga mengkaji pengaruh Orang Laut dalarn kerajaan Jahor. Begitu juga dengan peranan Bugis dalam ekonomi dan politik Johor. Sehubungan itu, hubungan politik dan diplomatik Johor dengan kuasa serantau dan kuasa barat tu.rut dipaparkan. Dalam konteks ini, penulis melihat Johor lebih bemasib baik berbanding dengan kerajaan lain kerana berjaya mengekalkan kerajaannya dari dijajah. Malah kuasa barat sendiri mengakui Johar sebagai kerajaan berdaulat. Bab tiga pula, tumpuan diberikan kepada pembangunan ekonomi Johor dan sejauh mana ia berperanan sebagai pusat aktiviti ekonomi di rantau Asia Tenggara. Justeru itu, sistem dan corak perdagangan Johor dikaji dengan melihat dari segi peranan dan pencapainnya dalam tahun-tahun kajian. Hilangnya fungsi Melaka sebagai pusat interepot perdagangan telah memberi peranan luas bagi Johor untuk membangun ekonominya. Malah kejayaan Johor mengawal perdagangan luar datang ke Johor amat memberansangkan. lnfrastruktur perdagangan dan sistem percukaian serta matawang turut dikaji. Ini kerana ia merupakan satu faktor penting kepada pelaburan modal pedagang. Sehubungan itu, penulis juga cuba melihat signifikan hubungan kuasa luar dalam mengawal kecenderungan monopoli berlaku. Kejayaan Johor mewarisi kewibawaan Melaka sebagai pusat perdagangan telah mengangk:at status bangsa Melayu sebagai bangsa berperadaban. Bab empat; pada bab ini penulis fokuskan kajian kepada pencapaian sosio-budaya Johor. Oleh itu, kajian terhadap manuskrip-manuskrip lama yang ditulis zaman Johor telah dibuat. Penulis juga cuba memaparkan kepesatan kegiatan keilmuan di Johor. Tokohtokoh penting yang menghidupkan aktiviti keilmuan turut dipaparkan. Pada bab ini juga penulis juga cuba melihat kepentingan bahasa Melayu di Johor. Pada akhir bah ini, penulis juga turut mengkaji kesenian Johor-Riau. Dua jenis kesenian itu ialah Zapin Melayu Johor dan Ghazal telah dikaji. Kedua-dua kesenian ini masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu dan diamalkan sehingga hari ini. Bab lima lebih kepada rumusan yang dapat penulis buat terhadap kerajaan Johor-Riau sebagai pusat peradaban Melayu selepas kejatuhan Melaka. Kalau sebelum ini Melaka mendokong aspirasi bangsa Melayu, selepas kejatuhannya Johor pula mengambil alih. Oleh itu, penulis berpendapat bahawa kerjaan Johor telah mencapai satu peradaban tinggi semasa keagungannya kerana ia berjaya mengekalkan dan mengangkat martabat bangsa Melayu sebagai bangsa berperadaban tinggi.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Sistem Undang-Undang Melayu > Sistem Perundangan > Kesultanan Melayu |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:18 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Malays, Johor, History Malays, Indonesia, Riau, History Malays, Civilization, Peradaban Melayu |